Pages

✿ Sabar ✿

Thursday 23 June 2011

Gembirakan Hati Ibu & Ayah

Sesuatu perkara itu mungkin dianggap remeh. Namun jika ia menggenbirakan hati ibu bapa, apa salahnya ia dilakukan. Ketahuilah besarnya penghargaan Allah s.w.t terhadap orang yang menyenangkan hati ibu bapanya. 

Ibu Bapa sudah banyak menggembirakan hidup kita
Saat kita dilahirkan, ibu dan ayah merupakan orang pertama yang bergembira dengan kelahiran kita. Ibu tersenyum gembira walau sakit dan luka masih di-deritainya. Wajah ayah berseri-seri mengkhabarkan kepada keluarga dan sanak-saudara tentang kegembiraannya. Semua orang tumpang gembira dengan rezeki berharga yang melimpah dalam hidupnya berupa seorang anak.

Setiap hari ibu bapa mengacah kita dengan mesra dan manja, usikan dan perhatian mereka amat bermakna dan menggembirakan kita saat itu. Mereka menggembirakan lagi kita dengan mengajar, berjalan, membelikan pakaian dan permainan beru serta membeli pelbagai barang yang kita inginkan.

Mereka juga menggembirakan kita dengan mengajar mengaji al-Qur'an , menghantar ke sekolah, mengajak bersiar-siar, belik ke kampung dan sebagainya. Mereka berkorban dan bersusah payah untuk memastikan kita hidup sempurna dan cukup keperluannya. Kita gembira bermain, berlari dan berkejaran dengan kawan-kawan sehingga kita semakin membesar dan dewasa.

Apakah balasan kita terhadap insan yang terlalu banyak menggembirakan hidup kita itu?
Adakah kita turut membahagiakan hidup mereka?
Atau hanya membentengkan masalah demi masalah terhadap mereka?

Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Ankabut ayat 8 yang bermaksud :
" Dan kami wajibka manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau persekutukan Aku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka. Kepada Aku jua tempat kembali kamu semuanya. Kemuadian Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang telah kamu kerjakan ".


Menjaga Adab Dengan Ibu Bapa
Bagi anak-anak, tiada yang lebih penting bagi mereka selain daripada menghormati ibu bapanya. Ibu bapa sememangnya mahu anak-anak menunaikan tanggungjawab dengan memenuhi hak ibu bapa mereka itu. Sebagai anak, kita harus tahu adab sopan dan nilai budi pekerti yang tinggi dengan ibu bapa.

Hormat bukan sekadar tunduk ketika berjalan di hadapan ibu bapa, tetapi merangkumi segala adab dan perilaku. Antaranya seperti adab memasuki bilik ibu bapa, ini cukup penting kerana bilik merupakan tempat mereka berehat. Dalam islam telah digariskan syarat tertentu bagi anak-anak untuk masuk ke dalam bilik ibu bapa.

Minta Izin Dulu...
Tiga waktu yang diwajibkan oleh syariat seseorang anak perlu meminta izin sekiranya anak ingin masuk ke bilik ibu bapa :

1. Sebelum Subuh :
Merupakan waktu persendirian ibu bapa, inilah masa peribadi mereka berdua dan kurang bersedia untuk bersama anak-anak.

2. Sebelum Waktu Zuhur :
Disebut juga waktu " qailullah " waktu ini mungkin ibu bapa sedang berehat dan tidur sebentar atau sedang bersiap-siap untuk solat zuhur.

3. Selepas Isyak :
Biasanya waktu ini ibu bapa sedang bersiap untuk tidur atau sedang bersantai.

a) Jaga Aurat Di Rumah Sekadar keperluan Sahaja
Selain daripada itu, anak-anak juga harus menjaga aurat di rumah. Dedahkan aurat sekadar keperluan sahaja dan tidak berlebih-lebihan. Walaupun sesama keluarga, aurat tetap perlu diambil perhatian bagi mengelakkan terjadinya unsur-unsur negatif di rumah seperti sumbang mahram atau " Haruan Makan Anak" . Ibu bapa perlu menunjukkan contoh yang terbaik dari segi etika berpakaian kerana ia boleh mempengaruhi cara anak-anak berpakaian.

b) Tidur Berasingan Bagi Anak-Anak Berusi 10 Tahun Ke Atas
Selain itu, anak-anak yang telah berumur 10 tahun ke atas, adalah wajar bagi mereka untuk tidur di dalam bilik berasingan antara lelaki dan perempuan. Sebuah rumah yang baik lagi praktikal, perlu mempunyai tiga buah bilik iaitu sebuah untuk ibu bapa, dan dua buah lagi untuk anak perempuan dan anak lelaki. Pembahagian bilik tidur ini adalah satu sunnah dan etika yang digariskan oleh Rasulullah s.a.w untuk memelihara aurat dan membentuk adab mereka dengan akhlak yang sempurna.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud : " Perintahkanlah anak-anak kamu supaya menunaikan solat apabila usia mereka tujuh tahun. Apabila usia sepuluh tahun pukullah mereka seandainya mereka ingkar dan pisahkanlah tempat tidur mereka (antara lelaki dan perempuan) "
( Riwayat Abu Daud)

c) Memberi Hadiah Dan Meraikan Tarikh Penting
Cara yang boleh menggembirakan hati ibu bapa juga adalah dengan memberi hadiah, tidak kira sama ada ketika hari lahir mereka atau menjelang musim perayaan. sebenarnya tiada waktu tertentu untuk anak-anak memberi hadiah. Itu hanyalah salah satu cara untuk mengingati supaya dengan cara itu ibu bapa rasa lebih dihargai.

Bagi merapatkan lagi kemesraan antara anak-anak dan ibu bapa, tiada salahnya anak itu meraikan hari hari penting ibu bapa seperti hari lahir atau hari ulang tahun perkahwinan. Anak-anak juga boleh menganjurkan majlis bagi mengingati hari yang penting buat ibu bapa. Sambutan sebegini hanyalah kreativiti anak-anak untuk meraikan ibu bapa, ia bukanlah amalan sunnah.

Rasulullah s.a.w hanya mengingatkan kita supaya saling memberi hadiah agar kita sayang-menyanyangi tanpa meletakkan batas waktu untuk memberinya. Agar lebih kreatif membahagiakan ibu bapa, anak-anak boleh juga memberi hadiah bukan pada hari-hari penting. Jika ditanya sempena apakah hadiah itu, katakan kepada ibu bapa " Sempena saya Sayangkan Mak dan Ayah , tiada sebab lain". Tentu mereka rasa sangat gembira, berilah hadiah kepada ibu bapa mengikut kemampuan. Bukan harganya menjadi ukuran tetapi keikhlasan hati dalam mengingati dan menghargai mereka.
d) Pastikan Setiap Pemberian Daripada Sumber Yang Halal
Walaupun seorang anak sering memberi hadiah kepada ibu bapanya atau melimpahkan ibu bapanya dengan kemewahan, hati ibu bapa tidak akan gembira jika ia bukan bersumberkan daripada sumber yang halal dan baik. Anak yang memperoleh pemberian dari sumber yang syubhah apatah lagi sumber yang haram seperti hasil penipuan, rasuah, curi dan sebagainya akan menambah kesedihan dan kebimbangan ibu bapa.

Firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah ayat 168 yang bermaksud : " Wahai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik daripada apa yang terdpat di bumi, dan jangalah kamu mengikut langkah-langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata.

e) Menjadi Anak Yang Berperibadi Cemerlang
Ibu bapa mana yang tidak gembira apabila anaknya berjaya dengan cemerlang?
kecemerlangan dalam sahsiah diri lebih hebat dan kekal berbanding kecemerlangan akademik, namun alangkah bagusnya bagi seorang anak yang memiliki kedua-duanya sekali. Salah satu cara mengembirakan hati ibu bapa adalah dengan memantapkan diri untuk menjadi seorang yang berperibadi baik dan cemerlang.

Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya : " Tidak ada sesuatu yang lebih berat di atas neraca timbangan seseorang hamba pada hari kiamat selain daripada akhlak yang mulia " ( Riwayat Abu Daud)

Anak yang soleh dan solehah tidak akan mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim, dia tidak akan lupa menunaikan ibadah tidak kira di mana sahaja berada. Dia membuktikan dalam kehidupannya bahawa dia mengenal mana yang halal dan haram. Anak ini juga sentiasa beramal untuk kebaikan dirinya dan ibu bapanya. Hati ibu bapa akan gembira jika anaknya jelas tentang sifat-sifat manusia sebagai hamba di sisi Allah s.w.t.

Ini bersesuaian dengan firman Allah s.w.t dalam surah al-An'Am ayat 162 yang bermaksud :
" Sesungguhnya solatku dan ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah s.w.t, Tuhan yang memelihara sekalian alam " . 

Wednesday 22 June 2011

Petua mencuci Hati

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati.
Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati.
Di olah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah (^,~)

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’aIni adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan
“ Ya, Allah jadikan hatiku bersih ”

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur
Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah.
Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat
Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran
Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi.
Sekurang- kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.
5. Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari.
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif
Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.
Katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka) "
7. Program minda/cuci minda
Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati :
 “Ya Allah ! cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif "
Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – cubalah!!

8. Berpuasa
Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9. Mengingati mati
Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa.
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan
Jangan makan makanan yang shubhah (diragui halal dan haramnya.)
14. Berkawan dengan ulama.
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi.)
16. Pesan pada orang -> jadi baik.
17. Menjaga pacaindera -
Mata, telinga, mulut dan lain-lain.

Untukmu ♥ Adam & Hawa ♥

Adam…
Kau bilang dirimu hebat dan kuat ibarat pahlawan,
Gagah perkasa seperti Badang,
Kau gunakan Hawa sebagai umpan,
Untuk membuktikan kelelakianmu yang hanya temberang.
Hawa…
Kau bangga dengan kecantikan lahiriah yang ada padamu,
Kau sanjung tinggi Adam yang terpikat dengan keindahan rupamu,
Kau tersenyum manis saat Adam melihat lenggok tubuhmu,
Tapi kau marah dan benci bila ada segelintir Adam yang menegurmu.
Adam…
Kadangkala kekacakan yang ada padamu,
Bisa membuat Hawa lemah dan cair ibarat ais terkena api,
Hati yang rapuh mudah luluh dan tunduk pada nafsu,
Jiwa yang halus mudah pula jatuh hati.
Hawa…
Iblis menggunakanmu sebagai umpan untuk memerangkap Adam,
Kau harus ambil kesempatan ini untuk memperdayakan Iblis,
Selamatkanlah Adam dari cengkaman api yang tidak akan terpadam,
Jatuhkanlah musuh Islam dengan akal satumu yang genius.
Adam…
Kata-kata manis nistamu bisa menggoda hati Hawa,
Senyum nakalmu membuatkan Hawa semakin suka,
Lembutmu dalam berkata membuatkan Hawa senang mendekatimu,
Sikap prihatinmu membuat Hawa tergilakan perhatianmu.
Hawa…
Sikapmu yang tidak endah menjadikan Adam berani terhadapmu,
Berani mengambil kesempatan untuk menyentuh maruahmu,
Ketidaktegasanmu membuatkan Adam semakin suka akan dirimu,
Hingga kau pun hanyut dalam dunia cinta palsu.
Adam…
Kau bilang akalmu sembilan mengalahkan nafsumu yang satu,
Gunakanlah akalmu itu untuk mendidik nafsumu yang boleh membinasakan Hawa,
Cerdikkanlah akalmu itu dengan berjihad menentang nafsumu,
Agar Hawa terpelihara sentiasa dalam jagaan taqwa.
Hawa…
Lenggok tubuhmu bisa membuat Adam terpaku dan mata menjadi sepi,
Lembut suaramu bisa mencairkan hati lelaki Adam,
Longgarkanlah pakaianmu agar tubuhmu tertutup rapi,
Tegaskanlah suaramu supaya syaitan tidak berpeluang merasuk Adam.
Oleh itu Adam…
Bersikap tegaslah dengan Hawa dalam setiap urusanmu,
Kau harus kuat dan sabar dalam membimbing Hawa yang semakin liar,
Kau harus teruskan perjuanganmu menentang hawa nafsumu,
Agar nafsu Hawa tidak terus-terusan menular.
Adam…
Hawa meminta agar kau bersikap tegas dan berani,
Supaya Hawa takut untuk menggoda dan mendekati,
Supaya syaitan tidak membisikkan godaan nafsu durjana,
Agar kau bisa menjadi pemimpin dan ketua yang diidami Hawa.

Begitu juga Hawa…
Mahalkanlah senyummu yang bisa menawan hati lelaki,
Jagalah dan peliharalah aurat dan maruah dirimu,
Untuk membentengi nafsu yang sangat dibenci,
Agar kau suci terpelihara saat Adam menyuntingmu.
Hawa…
Adam mudah cair dengan keanggunan wajahmu,
Namun…itu bukanlah yang Adam harapkan,
Adam mengharapkan Hawa yang berpegang teguh pada agama sebagai penyuci kalbu,
Adam juga menginginkan Hawa yang sopan dan memelihara aurat dalam berpakaian.
Untukmu Adam : (^^,)
Jadilah Adam yang berpendidikan tinggi dalam agama yang bisa membimbing Hawa dari menjadi mangsa godaan syaitan dan nafsu yang boleh membinasakan.
Jadilah Adam yang murah dengan kata-kata nasihat dan teguran yang boleh memperbaiki Hawa.
Jadilah Adam yang sentiasa berjuang menentang nafsu dan memelihara maruah diri untuk orang tercinta yang sah bergelar isteri.
Jadilah juga Adam yang boleh menjadi ketua keluarga, imam dalam solat berjemaah dan pemimpin agama seperti yang diingini oleh Hawa.
Untukmu Hawa : (^,*)
Jadilah Hawa yang tinggi dengan didikan agama, merendah diri dengan akhlak terpuji dan baik hati. Jadilah Hawa yang menjaga aurat dan maruah diri dari sewenang-wenangnya dilihat ajnabi.
Jadilah Hawa yang sentiasa haus akan ilmu nasihat dan teguran sebagai persiapan menjadi Hawa yang solehah untuk seorang yang sah bergelar suami.
Jadilah juga seorang Hawa yang bisa menjadi anak, ibu dan isteri yang solehah serta hamba Allah yang beriman dan bertaqwa seperti yang diidamkan oleh Adam.

Lain Di Mulut , Lain Di Hati

Kita sering menilai seseorang berdasarkan percakapan dan penampilan mereka. Apakah persepsi kita apabila mendengar ungkapan berikut :
" Pintu bilik saya sentiasa terbuka, jika ada masalah jemputlah jangan malu, jangan segan " ?

Biasanya ungkapan sebegini benar-benar membuatkan kita rasa selesa dan amat senang sekali. Malangnya kadang-kala, ia sekadar kata-kata untuk menunjukkan sifat luaran yang ada pada seseorang itu. Dia mengharapkan supaya orang yang mendengarnya memberi penilaian dan persepsi yang positif terhadapnya.

Hakikat sebenarnya, apabila kita berjumpa dengannya untuk memberikan pendapat, pandangan dan mengutarakan masalah, berhujah dan sebagainya, kita akan dipandang serong, dicurigai, dikatakan bersikap negatif, pembangkang dan seumpamanya.

Kata-kata lain yang kta dengar ialah seperti " saya sebenarnya ikhlas, saya terima dengan hati terbuka " , " kritikan awak itu memang membina " , " buat apa saya tipu awak " , " kejayaan saya ini adalah kerana sokongan semua "  dan ungkapan lain yang sewaktu dengannya. Adakah kata-kata ini datang dari lubuk hati yang ikhlas? Amat menyedihkan jika kata-kata ini hanya dijadikan sebagai pemikat untuk menyedapkan telinga orang yang mendengarnya. Sebaliknya Lain Di Mulut, Lain Di Hati .

Kata-kata manis ini bertujuan untuk menunjukkan bahawa dia memiliki hati budi yang sangat baik sedangkan hakikatnya tidak seperti yang diungkapkan. Manusia bersikap begini kerana hatinya tidak ikhlas berpunca daripada rasa sombong, ego, bangga diri, hipokrit, dan banyak lagi penyakit hati. Kedudukan , kuasa dan pangkat juga banyak mempengaruhi manusia untuk bersikap " Cakap tak Serupa Bikin " . Mereka berpura-pura jujur di hadapan kita tetapi bersifat telunjuk lurus kelengkeng berkait.
SIKAP BERDEPAN DENGAN GOLONGAN MUNAFIK
Orang yang ebrsifat begini jelas menunjukkan dia memiliki salah satu daripada sifat orang yang munafik iaitu berkata-kata tetapi dusta, seperti hadis Nabi s.a.w yang bermaksud :

" Tanda orang munafik itu ada tiga ; apabila berkata-kata ia berdusta, apabila berjanji ia mengingkari dan apabila diberikan amanah dia mengkhianatinya " (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kehidupan harian kita ini memang di-kelilingi oleh mereka yang bersifat begini. Dalam al-Qur'an ada diterangkan bagaimana untuk menghadapi manusia munafik ini.

1. Bergantung Kepada Allah
Kita seharusnya jangan menghiraukan dan menuruti kehendak orang yang hipokrit ini kerana kebergantungan kita semestinya hanya kepada Allah sahaja. Kita tidak perlu bimbang dengan ancaman mereka dan bertawakal kepada Allah secara mutlak. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud :

" Dan janganlah kamu menuruti kehendak orang kafir dan munafik itu. Janganlah kamu hiraukan celaan mereka dan bertawakallah kepada Allah. Dan cukuplah Allah sebagai pelindung (yang menyelamatkan kamu ) " ( Surah al-Ahzab 33: 48)

2. Elak Daripada Bersekongkol
Kita dengan mudah akan menuruti segala kehendak mereka dengan alasan mereka berkuasa. Kita ini mentimun mereka durian. " Digelek kita kena, mengelek pun kita kena "  Kadangkala kita lebih takut berbanding Allah, kita lebih tunduk atas perintah mereka berbanding perintah Allah. Ruang yang kita berika meningkatkan lagi sifat hipokrit dan keegoan mereka sehinggakan mereka terlupa kepada kekuasaan Allah.

Ingatlah bahawa kita semestinya takut kepada Allah berbanding takut kepada manusia. Allah menegaskan dalam Al-Qur'an yang bermaksud :
" Wahai Nabi, bertaqwalah kepada Allah dan janganlah kamu menuruti (keinginan) orang kafir dan munafik. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana " .
                                                                                                            ( Surah al-Ahzab 33 : 1 )
3. Bersikap Keras
Berkeras untuk tidak menuruti kehendak mereka. Kita membantah mereka bagi menunjukkan bahawa kita memiliki prinsip hidup yang berlandaskan syariat. Kita tidak boleh akur membabi buta, penilaian perlu kita lakukan untuk memastikan bahawa kita boleh akur jika ia tidak melanggar hukum.
Lebih keras lagi, kita patut melawan mereka jika sampai ke tahap kritikal seperti melakukan maksiat dan melanggar perintah Allah sebagaimana firman Allah yang bermaksud :

" Wahai Nabi s.a.w berjihadlah (melawan) orang yang kafir dan munafik itu, dan bersikap keraslah terhadap mereka. tempat mereka ialah neraka jahanam dan itulah tempat kembali yang seburuk-buruknya " ( Surah al-Tawbah 9 : 73 )

Ingatlah bahawa Allah amat membenci orang yang memiliki sifat seperti mana golongan munafik, pandai memainkan kata-kata manis di hadapan tetapi penuh dengan kebencian di belakang. Bagi mereka yang terpaksa bergaul dengan golongan ini, janganlah rasa takut dan bimbang kerana kebergantungan kita hanya kepada Allah. Kita harus berjuang mengutamakan perintah Allah daripada menuruti kehendak mereka. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama dengan mereka yang bertaqwa. (^,*)

Kerosakan yang ditimbulkan oleh Penyakit Rohani ( Hati )

Setiap orang dapat merasakan dan mengetahui betapa buruknya akibat-akibat dari penyakit jasmani yang menimpa diri seseorang. Bagaimanapun penyakit rohani sebenarnya mempunyai akibat-akibat yang buruk yang jauh lebih serius daripada penyakit jasmani.

 Antaranya ialah :

1. Menggangu Ketenangan Jiwa
Orang yang mempunyai penyakit rohani tidak akan dapat menikmati ketenangan hidup. Keadaan ini juga bererti meruntuhkan kebahagiaan. Hanya orang yang sihat sahaja daoat menikmati ketenangan dan kebahagiaan hidup.

2. Menjauhkan Diri Dari Allah
Penyakit rohani dalam istilah lain disebut ghibah , Sifat buruk muhlikat, sifat buruk yang merosakkan atau akhlaqul mazmunah yakni akhlak yang tercela. Sifat dan mental yang demikian amat tidak diredhai oleh Allah s.w.t dan diperhitungkan sebagai dosa. Misalnya, sifat munafik, iri hati, sombong dan lain-lain. Manusia yang memiliki sifat-sifat tersebut bererti membuat dirinya dimurkai Allah dan hidupnya kian jauh dari Rahmat Allah s.w.t.

3. Melumpuhkan Daya Kerja
Orang yang sihat rohaninya akan dapat bekerja dengan tekun dan beramal kepada Allah s.w.t dengan sebanyak-banyaknya. Ini adalah sebagai bakti kepada Allah dan ehsan kepada sesama manusia.

Sebaliknya orang yang mempunyai penyakit rohani, daya kerjanya lumpuh dan tidak sanggup melakukan sesuatu yang penting dan bernilai dalam pembangunan. Jika seseorang itu hanya pandai merosak tetapi tidak pandai membangun, maka orang itu dianggap sebagai sampah masyarakat bahkan lebih buruk daripada sampah.


4. Merosakkan Jasmani
Ahli-ahli di bidang kesihatan pada umumnya sependapat bahawa penyakit-penyakit rohani mengakibatkan berlakunya kerosakan pada jantung, tekanan darah, saraf, paru-paru dan sebagainya. Gangguan mental pula akan menyebabkan orang merasa tidak enak makan dan tidak dapat tidur.

Apabila penyakit rohani itu berlarutan tanpa ada usaha pengubatan dan pencegahan, maka sudah entu akan membahayakan dirinya sendiri mahupun bagi orang lain.

Begitu juga, jika dibiarkan penyakit itu menjadi bertambah berat sehingga sampai ke tahap membahayakan orang lain serta tidak dapat lagi memahami kenyataan-kenyataan hidup, maka orang itu pasti terkena tekanan penyakit gila .
hehehe, ni sambungan pada PENYAKIT ROHANI (^,^)  selamat membaca...

Tuesday 21 June 2011

Penyakit Rohani

Perkataan rohani dalam bahasa melayu sering dikaitkan dengan hati, kalbu, jiwa, mental, fikiran dan sebagainya yang mewujudkan sesuatu unsur peribadi manusia yang paling unik serta tidak dapat dilihat oleh pancaindera. Tetapi gejala dalam kerjayanya dapat dirasakan. Gejala itu misalnya : menangkap dan menyimpan pengertian , mengingat, berfikir, berkehendak, rindu, sedih, gembira dan sebagainya.

Imam Al-Ghazali dalam kitab Ihya Ulumiddin menerangkan bahawa roh itu ada dua makna :

a) Berupa jenis yang halus dan bersumber dari rongga hati, jasmani dengan perantaraan otot-otot dan urat yang bermacam-macam, tersebar ke seluruh bahagian-bahagian badan.

b) Ianya berupa suatu sifat yang halus yang ada pada diri manusia untuk dapat mengetahui segala sesuatu dan dapat menangkap segala pengertian.
Keterangan tentang kewujudan penyakit rohani itu terkandung di dalam firman Allah s.w.t menerusi ayat al-Qur'an yang bermaksud : " Di dalam hati mereka (golongan munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki) maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka, dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran) "
 (Al-Baqarah : 10)

1. Lemah Daya Kerja
Jika seseorang itu sihat rohaninya dia akan memiliki kemampuan beramal yang tinggi, gigih berkerja serta bersemangat untuk berjaya dan mencapai kebaikan. Orang yang menghidap penyakit rohani pula akan nampak kemundurannya, kurang kemampuan bekerja serta hilang ghairah dan semangat untuk maju. Sifat yang menonjol dalam dirinya hanyalah kelemahan dan kemalasan.

2. Tumpul Fikiran
Orang yang sihat rohaninya mudah menangkap kebenaran, hatinya selalu dipancari cahaya kebenaran. Adapun orang yang sakit rohaninya, akan terlihat adanya sifat kebodohan dan kelemahan dalam berfikir sehingga susah untuk menerima kebenaran. Maka begitu sukar menerima kebenaran walau dengan perbandingan atau perumpamaan kerana dalam hati mereka terdapat kotoran yang menutup mata hatinya.

3.Kedangkalan Perasaan
Orang yang sihat rohaninya ialah orang begitu berkesan apabila mendapat nikmat dan rahmat Allah. Dia akan menerima nikmat Allah dengan penuh kesyukuran sekaligus memantapkan lagi keimanan terhadap Allah s.w.t. Adapun bagi orang yang tidak pandai bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah dianggap sebagai memiliki perasaan dangkal dan kelemahan zauq. kedangkalan perasaan terhadap nikmat Allah itu dapat dipandang sebagai gejala penyakit rohani.

4. Gelisah Dan Keluh Kesah
 Orang yang sihat rohaninya terdapat ketenangan pada air mukanya. Sebaliknya orang yang mengalami gangguan penyakit rohani terpapar pula melalui sikapnya yang diliputi kegelisahan dan keluh kesah. Keadaan gelisah dan keluh kesah inilah merupakan cerminan kecelaran mental.

5. Liar Terhadap kebenaran
Salah satu tanda ketenangan jiwa ialah kecenderungan mencari dan menerima kebenaran serta menolak kebatilan. Fikirannya tenang dan sentiasa menimbang sesuatu itu dengan baik. Sebaliknnya orang yang liar terhadap kebenaran dan tidak senang mendengar mutiara-mutiara hikmah dapat dipandang sebagai orang yang terkena penyakit rohani.
6. Buruk Sangka
Salah satu penyakit rohani ialah prasangka-prasangka ayang buruk. Antara lain, anggapan yang bukan bukan terhadap Allah dan Rasul-Nya. Selain mempunyai prasangka buruk terhadap Allah dan Rasul-Nya dia juga mempunyai prasangka buruk dan suka curiga terhadap orang lain tanpa alasan yang munasabah (hatinya selalu curiga terhadap sesuatu).

7. Suka Menghasut (Fitnah)
Orang yang sihat rohaninya selalu rindukan ketenangan, kedamaian dan ketenteraman. Sebaliknya orang yang berpenyakit rohani suka menghasut serta menimbulkan pergaduhan dan kekecohan. Sebap itulah orang yang suka menghasut dan menimbulkan masalah di dalam masyarakat dianggap sebagai mempunyai penyakit rohani.

8. Menaruh Hati Terhadap Wanita Bersuami
Salah satu gejala penyakit jiwa ialah menaruh hati dan berkeinginan terhadap wanita yang sudah bersuami. Kerana itulah Allah s.w.t memberi nasihat kepada isteri-isteri Nabi s.a.w menerusi firmannya yang bermaksud :

" Wahai isteri-isteri Nabi ! Kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain jika kamu tetap bertaqwa. Oleh itu, janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya ( menaruh tujuan buruk kepadamu) dan (sebaliknya) berkatalah dengan kata-kata yang baik(sesuai dan sopan) "  (Al-Ahzab " 32)


Di antara ahli tafsir, ada yang mentafsirkan pengertian penyakit dalam ayat tersebut sebagai syahwat zina . Keterangan ini dikira sebagai logik kerana setiap orang yang normal fikirannya tentu dapat membezakan mana yang baik dan buruk, mana yang halal dan haram. Orang yang cenderung kepada hal-hal yang tidak wajar serta menyimpang dari nilai-nilai normal, maka dia dianggap sebagai memiliki kelakuan yang tidak normal.

Adakah kita termasuk dalam penyakit rohani yang terdapat di atas? Tepuk dada tanya hati...

( Be Continue :: Kerosakan Yang Di Timbulkan Oleh PENYAKIT ROHANI )

Amalan & doa dipermudahkan bertemu ♥ JODOH ♥

Berikut adalah kompilasi beberapa amalan dan doa yang yang boleh anda amalkan bagi dipermudahkan untuk bertemu jodoh. Namun setiap ketentuan itu datangnya daripada Allah s.w.t., dan kita sebagai hamba-Nya hanya mampu berdoa, berusaha, berikhtiar dan bertawakkal kepada-Nya. Mudah-mudahan dengan setiap amalan dan doa yang dilakukan ini akan memudahkan anda untuk mendapat jodoh yang beriman dan terbaik untuk diri anda. Yang pentingnya, jangan sekali-kali putus asa untuk berdoa.
1. Amalkan membaca doa Nabi Zakaria a.s. (surah Al-Anbiya, ayat 89)
Yang bermaksud:
“ Dan (ingatlah kisah) Zakariya, tatkala ia menyeru Tuhannya ‘ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, dan Engkau adalah Waris Yang Paling Baik.”
(QS. Abiya/ 21: 89)
Selain itu, adalah lebih baik juga jika anda lanjutkan doa tersebut dengan doa berikut ini:
“ Ya Allah Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan akhirat kelak. Dengarkanlah rintihan hamba-Mu yang dhaif ini. Jangan Engkau biarkan aku sendirian di dunia ini maupun di akhirat kelak. Sebab itu menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran. Maka, kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman, supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai. Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh Amin ".
2. Amalkan ayat 131 dan 132 daripada Surah Toha selepas solat setiap solat fardu, bermula dari :
“Walaa tamuddanna’ainaika illa ma mata’na bihi azwajanminhum zahratul hayattu linaftinahum fiih, warizqo robbikaa hairu wa abqa, wa’ mur ahlakaa bisSolaati,wastabir ‘alaiha, laa nas aluka rizqo, nahnu narzukuqa, wal’aqibati lit taqwa”
Ertinya:
" Janganlah pandangan mata kamu terpesona melihat perhiasan kehidupan  (yang kami beri kepada orang2 kafir) yang menjadi ujian padanya. Dan rezeki kurniaan daripada tuhanmu Allah itulah lebih baik dan kekal (balasan Syurga). Dan arahkan ahlimu (keluarga dan anak2 serta org terdekat) mengerjakan solat, dan bersabarlah kamu atas perkara itu. Tidaklah kami minta rezeki dari mu tetapi Kamilah Allah yang mengurniakan rezeki kepadamu dan akibat kesudahan baik itu adalah bagi mereka yang bertaqwa "
3. Perbanyakkan amalan membaca selawat Nabi Muhammad s.a.w seperti di bawah ini. Hendaklah dibaca paling minimum 1000 kali dalam sehari semalam. InsyaAllah doa anda akan termakbul oleh Allah SWT.
“Allahumma shalli wasallim ëalaa sayyidinaa Muhammad. Waíalaa aali sayyidinaa Muhammad.”
Ertinya:
" Ya Allah, semoga kesejahteraan dan keselamatan tercurah kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w dan segenap keluarga beliau ".
4. Doa bagi mendapat bakal isteri yang baik – amalkan membaca surah al-Furqan, ayat 74
Yang bermaksud:
“ Ya Tuhan kami, anugerahlah kami, isteri kami dan keturunan kami, sebagai penyayang hati kami, dan jadikan kami imam bagi orang-orang yang bertakwa (Muttaqin) ”.
5. Baca Surah Yusuf, ayat 4 pada semangkuk atau segelas air, kemudian sapu air itu pada muka. InsyaAllah doa akan dimakbulkan.
6. Cubalah membaca Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3 kali pada malam Jumaat. Gunakan air itu untuk mandi pada tiga pagi berturut-turut dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut. InsyaAllah doa akan dimakbulkan.
7. Amalkan membaca surah Yassin pada setiap malam. Sebelum membaca, niatkan di dalam hati supaya Allah SWT menyegerakan jodoh, memberikan jodoh yang terbaik dan beriman untuk anda.
8. Surah al-Fatihah juga mengandungi banyak faedah dan keberkatan jika sentiasa diamalkan. Salah satu kebaikan yang datang daripadanya ialah dikurniakan jodoh. Amalkan membaca surah ini sebanyak yang mungkin sambil berniat diberikan jodoh yang baik dan beriman kepada Allah SWT.
Sekadar perkongsian, sama-samalah kita amalkan agar bertemu jodoh yang baik-baik Amin ya Rabb...
P/S :: hehehe, dalam banyak-banyak amalan di atas no. 5, no. 7 dengan no. 8 aq selalu buat...

Monday 20 June 2011

(^,*) Meet Your soulmate (^,*)

Apabila lelaki dan wanita itu telah mengetahui ciri-ciri yang boleh menarik perhatian pasangan masing-masing, maka sekarang adalah langkah seterusnya untuk memikat hati mereka :

1. Berdoa bersungguh-sungguh dan berusaha dengan tepat
Jodoh di tangan Allah, namun kita wajib berusaha mendapatkannya. Gunakan pelbagai usaha dan ikhtiar yang dibenarkan syariat kemudian berdoa dan terus berdoa. Sertakan dengan tawakal InsyaAllah mendapat jodoh yang diimpi.Pada prinsipnya, doa kita akan dikabulkan oleh Allah apabila kita berdoa sesuai dengan ketentuan-Nya sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah s.w.t serta yang dicontohkan oleh Rasulullah s.a.w. Namun demikian, walaupun kita sudah melakukan tatacara berdoa yang benar ternyata hal-hal yang kita inginkan seringkali tidak menjadi kenyataan.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
" sesungguhnya doa seseorang itu tidak akan lepas daripada salah satu tiga perkara iaitu ; adakalanya diampuni dosanya, adakalanya diberikan kebaikan segera seperti dikabulkan doa sesuai dengan permintaannya dan adakalanya ditunda pengabulannya (Riwayat al-Dailami) "
2. Amati orang di sekitar anda
Anda mungkin terlepas pandang orang di sekitar anda atau yang hampir dengan anda. Mungkin mereka adalah salah seorang wanita atau lelaki yang mempunyai ciri-ciri idaman anda. Semua orang mempunyai jodoh yang dijanjikan Allah. Lumrahnya, kebanyakkan jodoh kita terdiri daripada orang yang tidak jauh daripada kita. Namun, masih ada kemungkinan seseorang itu berjumpa dengan orang yang jauh, seperti orang malaysia dengan orang indonesia.

3. Tidak mudah patah semangat
Rasulullah s.a.w bersabda : " Allah benci kepada orang yang oatah semangat tetapi syaitan sukakannya " Kebanyakkannya, orang yang berputus asa dalam memiliki jodoh mula membuat pelbagai tanggapan tentang jodoh. Tanggapan negatif ini asyik berlegar di minda hanya menyebabkan semakin sukar bertemu jodoh.

4. Mengisi hati dengan ibadah tertentu
Setelah hati disucikan, kita perlu fokus terhadap tindakan untuk mempertahankan kejernihannya dengan ibadah tertentu. Ibadah-ibadah ini walaupun sedikit tetapi mampu dilakukan secara ikhlas dan istiqamah, mampu menjadi benteng pertahanan terhadap seseorang untuk terus mengekalkan kesucian hatinya daripada dinodai selaput mazmumah.

Firman Allah yang bermaksud : " orang yang memelihara solatnya, mereka itulah yang akan mewarisi syurga firdaus, mereka kekal di dalamnya ".
(Surah al-Mukminun 33: 9-11)

Allah berfirman lagi yang bermaksud : " wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan berkatalah yang benar, nescaya Allah akan memperbaiki perbuatanmu serta mengampuni dosa-dosamu. Barang siapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya maka sungguh dia akan berbahagia dengan kebahagiaan yang agung " (Surah al-Ahzab : 70-71)

5. Menyayangi semua orang di sekitar
Orang yang penyayang akan menarik orang lain sayang kepadanya, semua orang disekitar perlu disayangi dan dihargai agar kita mudah dihormati. Sifat berkasih sayang adalah sifat yang sangat dianjurkan oleh islam, malah Allah s.w.t mengiktiraf bahawa satiap orang mukmin itu bersaudara. Oleh itu, dahulukanlah pandangan kasih sayang dan berbaik sangka pada orang lain sebelum bersangka buruk dan membenci mereka. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :" Mahukah kamu, aku beritahukan tentang sesuatu yang apabila kamu kerjakan kamu akan saling menyayangi? Sebarkanlah salam diantara kamu " ( Riwayat Muslim).

6. Menyucikan hati
Hati manusia sering dihinggapi pelbagai penyakit mazmumah seperti benci, riyak, takkabur, ujub, hasad, dengki dan sebagainya. Oleh sebab itu, hati perlu banyak bermuhasabah, bertaubat dan beristigfar dan memaafkan orang lain. Hati yang bersih akan memancarkan sinar ketulusan di wajah seseorang menyebabkan seseorang itu sejuk dipandang mata. Maka, mudahlah orang akan jatuh cinta padanya.

7. Sentiasa bersedia bertemu pasangan pada bila-bila masa
Tanggapan pertama itu sangat penting, oleh itu persiapkanlah diri anda dalam keadaan kemas, bersih wangi dan ceria walau dimana saja anda berada. Kita tidak dapat menolak kemungkinan bahawa di sesuatu tempat yang kita pergi itu mungkin menjadi tempat pertemuan pertama kita dengan bakal pasangan. Allah sukakan keindahan kerana Allah itu cantik serta indah, jadilah hamba yang disukai Allah dan sentiasa menitikberatkan kebersihan dan kekemasan diri. Sesungguhnya ia juga boleh mempengaruhi tanggapan orang lain terhadap keindahan ajaran islam kerana diri kita sebenarnya adalah duta agama islam setiap masa.

8.Cuba melengkapi ciri-ciri lelaki dan wanita idaman
Dengan cara perbaiki segala kelemahan dan bersyukur serta istiqamah dengan segala kelebihan. Cuba sedaya upaya memasukkan sebanyak mungkin sifat-sifat wanita atau lelaki idaman di dalam diri sendiri sebagaimana kita mengimpikan seorang lelaki atau wanita idaman, bakal pasangan kita juga mengimpikannya.  Maka coraklah langkah bermula dengan diri kita untuk menjadi insan yang diimpikan sesorang. Contonhnya, seorang wanita perlu menjaga wajah dan bentuk badan kerana satu dunia mengiktiraf bahawa kecantikan adalah faktor penting untuk menarik pasangan.

 Contoh bagi wanita :: Seorang gadis yang berisi (^,*) dan gempal hendaklah cuba untuk melakukan
* Senaman secara istiqamah
* Diet (dlm pemilihan makanan)
* Buat kerja dengan pantas
* Kurangkan tidur dan rehat
* Kurangkan santai dan bermalas-malasan
* Gerakkan dan sibukkan minda untuk sentiasa berfikir, berkerja dan mencari masalah untuk diselesaikan.

(Dengan cara ini metabolisma anda akan tinggi dan tenaga yang anda akan dapat daripada makanan akan terarah kepada tenaga otak dan tidak akan tersimpan didalam otot-otot. Orang muda sememangnya mudah untuk memecahkan lemak)

Contoh bagi Lelaki ::
* Bijak memilih fesyen dan warna yang sesuai
* Pakaian dalam yang bersih terutama untuk solat
* Memakai stoking yang tidak berlobang dan berbau
* Menggunting rambut dan bercukur dengan rapi
* Mengerat kuku tangan dan kaki
* Meminyak rambut
* Menggosok gigi dan elakkan mulut berbau
* Berserhanda dalam serba-serbi.

(^,*) 8 Petanda si Dia adalah JODOH kamu (^,~)
Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional,spiritual dan fizikal antara keduanya. Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah-olah ingin terus bersamanya. Benarkah seperti itu?
Lalu, apakah ada petanda lainnya agar seseorang dapat merasakan bahawa si dia jodoh(soulmate) kita atau bukan?
Petanda 1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya...
SELAMAT…kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!
Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja didepan kamu.Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya menunjukan apa ada padanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!
Petanda 3
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lain pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu…
Petanda 4
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan… Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.
Petanda 5
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya…
Petanda 6
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya… Nah, kalau begitu ini bisa bererti dia sudah siap menerima kamu seadanya..
Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil ‘buruk’ didepannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya… Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!
Petanda 8
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat ditangannya dari pada ditangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu ketemu!!!!!
Apakah kelapan petanda di atas telah kamu laluinyaaa? Tepuk dada tanya hati...
( Be Continue -- " Amalan Dan Doa Dipermudahkan JODOH )