Pages

✿ Sabar ✿

Monday 1 August 2011

♥• Salam Ramadhan •♥

Hari kedua melaksanakan ibadah puasa nikmatnya sudah dpt kita rasakan. Org tua, remaja, kanak2, lelaki dan wanita kelihatan memenuhi masjid, madrasah atau surau-surau utk memenuhi solat malam yg dipanggil solat tarawih. Umat islam di malaysia khasnya m'ngerjakan solat sunat tarawih 20 rakaat sejak sekian lama, ada sebahagian kecil shj yg membuat lapan rakaat.

Ketika menjelang dinihari kedengaran keluarga muslim makan sahur, Nabi Muhammad s.a.w m'galakkan makan sahur yg mendatangkan berkat. Waktu sahur yg terbaik adalah yg paling akhir malam. Ketika m'dengar azan maghrib segeralah berbuka puasa, bnyk kita dapati di masjid dan surau menyelenggarakan makan bersama. Memang waktu terbaik utk berbuka adalah yg paling awal. Ramai org berbuka puasa bersama merupakan pelaksanaan ajaran Nabi Muhammad s.a.w bahawa org yg memberi makan org yg berpuasa akan mendapat pahala seperti diperolehi oleh org yang berpuasa itu. Bulan Ramadhan mmg memberikan suasana yg syahdu dalam hati umat islam.

Inilah antara maksud sebuah hadis yg menyatakan bahawa jika bulan ramadhan tiba, pintu syurga dibuka lebar manakala pintu neraka ditutup rapat dan syaitan dibelenggu. Orang yg berpuasa terasa sangat dekat dengan Allah s.w.t. Hal ini dapat dirasakan meskipun seorang diri, tidak ada org lain yang melihat namun org yang berpuasa tidak mahu makan atau minum kerana benar-benar merasakan berada di bawah perhatian Allah s.w.t.

HIKMAT BERPUASA
Orang yg berpuasa dapat menahan nafsu amarah, nafsu yg sentiasa memujuk melakukan keburukan, baik terhadap sesama manusia mahupun Allah s.w.t. Bagaimana melakukan kejahatan terhadap Tuhan dapat terjadi jika org yang berpuasa merasa malu tidak menunaikan kewajipan-kewajipan terhadap Tuhan. Merasa malu kerana melanggar larangan-laranganNya. Apabila ingin berbohong, ingatlah bahawa Allah s.w.t akan mendengarnya, apabila memperkatakan sesuatu keburukan orang merasa malu kepada Allah sebab tuhan melarang manusia memperkatakan keburukan org lain.

Jika melihat org lain melakukan perkara yg tidak baik jgn hnya pandai melarang, tetapi m'ingatkan agar yg buruk itu ditinggalkan. Islam menggalakkan amal makruf nahi mungkar, mengajak membuat kebaikan, mencegah orang melakukan keburukan. Islam mengajarkan agar dalam pergaulan hidup bermasyarakat dapat menjalinkan rasa tanggungjawab iaitu saling berpesan utk melakukan kebenaran, saling berpesan utk melakukan kebaikan, saling berpesan utk tahan menghadapi godaan syaitan, tabah menghadapi rayuan hawa nafsu.

Dari segi fizikal, org yang selalu berpuasa sehari penuh dapat merehatkan sistem pencernaan. Alat-alat percernaan hendaklah diberikan peluang utk berehat setiap hari selama sebulan penuh yg bertujuan utk menambah tenaga. Ibarat ladang yang dibiarkan beberapa lama bercucuk tanam sampai masanya utk berehat dan menambah kesuburan. Demikian juga tubuh manusia, anggota tubuh badan perlu berehat supaya b'tambah daya kerja dan bertambah pula stamina, tidak cepat merasa letih bekerja.

Nabi s.a.w bersabda : " perut adalah rumah segala penyakit dan penjagaan makanan adalah sebagai rawatan pertama. Permulaan segala penyakit adalah mengisi perut dengan cara berlebihan ". Hadis Nabi s.a.w juga : " Perut adalah seperti kolam air dalam badan manusia, pembuluh darah turut sama diisi, jika perut itu sihat maka kesihatan juga yang dibawa kembali oleh pembuluh darah itu ".

Demikian ibadah puasa membawa kepada kesihatan rohani dan jasmani, Nabi besar Muhammad s.a.w bersabda : " Berpuasalah kamu, maka kamu akan sihat "