Pages

✿ Sabar ✿

Friday 25 November 2011

kata-kata mutiara IMAM SYAFII tentang kehidupan

YA ALLAH !
Bukalah jiwaku ini ,
kepada perkara-perkara ,
yang baik-baik sahaja.



Di antara kata-kata mutiara Imam Syafii berkaitan tentang kehidupan ialah :


1. Belajarlah ILMU FIQAH sebelum kamu menjadi ketua kerana jika tidak kamu tiada kesempatan untuk mempelajarinya.


2. Menuntut ilmu lebih baik daripada sembahyang sunat.


3. Sesiapa benar dalam persaudaraan dengan sahabatnya diterima alasan-alasan , ditutup kekurangan dan diampun kehinaannya.


4.Sesiapa hendak kepada dunia maka hendaklah dia mencari ilmu, dan siapa-siapa berkehendak kepada akhirat  juga hendaklah dia mencari ilmu.


5. Seseorang tidak akan berjaya menuntut ilmu melainkan dia menuntut semasa dalam kemiskinan.


6. Sesiapa menuntut ilmu hendaklah dia mendalaminya, tanpanya kehalusan ilmu akan hilang.


7. Kemiskinan orang berilmu ialah kemiskinan ikhtiar, manakala kemiskinan orang jahil ialah kemiskinan kesusahan.


8. Insan yang paling tinggi darjatnya ialah tidak yang tidak melihat darjatnya, dan insan yang paling mulia ialah insan yang tidak melihat kemuliaannya.


9. Persahabatan dengan seseorang yang tidak takut kepada keaiban akan mendapat malu di hari akhirat.


10. Orang yang menjaga maruah sentiasa dalam perjuangan.


Bak kata * Ibnu Khaldun, Ilmuwan Islam *

" Dunia ini dibahagikan kepada orang yang "
: Mempunyai kecerdasan tetapi tidak mempunyai agama :
: Mempunyai agama tetapi tiada kecerdasan :
: Mempunyai agama dan kecerdasan tetapi tidak mempunyai apa-apa :


( Sekadar Renungan , semoga bermanfaat untuk kita semua ) ^_^

Saturday 29 October 2011

Amalan Korban ~ Salam Aidiladha ~

Assalamualaikum w.b.t ^_^
                                                          bersua lgi kita di mata pena ini ...

" Labai Kallah hum ma la bai " pasti ada yg merindui laungan lambaian kabbah ini...
sedar tak sedar beberapa hari lagi kita akan menyambut Hari Raya Qurban , Hari Raya Haji atau lebih dikenali Hari Raya Aidiladha. Teringat semasa kecil dahulu , orang-orang selalu bersangka bahawa yang menyambut Hari Raya Aidiladha ini hanya untuk jemaah haji yg pergi ke Tanah Suci menunaikan tanggungjawab rukun Islam yg ke-5.

Sudah cukup sinonim sebut saja Hari Raya Aidiladha ! pasti anda akan terfikir Hari raya korban , terfikir nasib binatang2 yg akan di korbankan seperti Lembu dan kambing , terfikir daging korban yang akan diagihkan kepada anak-anak yatim dan yang sewaktu dengannya semata-mata untuk memenuhi tuntutan ibadah dan memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. Tahukah kamu apa itu Korban ? klu x tahu , biar sya jelaskan skit ... yg dah tahu tu senyap skit yerk !


Definisi Ibadah Korban:-
Korban atau Udiyyah dalam bahasa arabnya bermaksud menyembelih haiwan tertentu daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta  , lembu (termasuk kerbau) , biri-biri , kambing pada hari Nahar atau Hari Raya Haji pada 10 Zulhijah dan pada hari-hari Tasyrik (11 , 12 , 13 Zulhijah) bertujuan untuk bertaqarrub (m'dekatkan diri) kepada Allah s.w.t.


Alhamdulillah segala puji bagi Allah s.w.t. yang telah mensyariatkan kepada hamba-hambaNya agar berkumpul pada musim haji di Arafah dan menumpahkan darah haiwan korban (al-hadyu). Ia adalah bulan yang penuh berkat kerana didalamnya bergabung dua ibadat haji dan korban yang dimulakan sejak zaman nabi Ibrahim a.s. lagi.


Allah s.w.t berfirman yang bermaksud :
" Dan telah kami jadikan unta-unta itu untuk kamu sebahagian daripada syiar Allah. Kamu memperoleh kabaikan yang banyak padanya. maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah terikat). Kemudian apabila telah rebah (mati) , maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah pada orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu , mudah-mudahan kamu bersyukur." ( Surah al-Hajj 22:36 )


Hikmah dan Fadilat :-
Korban ialah ibadat , setiap korban yang dilakukan kerana ibadat mempunyai hikmah dan faedah selain daripada mengabdikan diri kepada Allah s.w.t ia juga sebagai melahirkan tanda kesyukuran kepada Allah terhadap nikmat-nikmatNya yang melimpah ruah. hikmah yang paling jelas dan tinggi nilainya adalah untuk menghayati pengorbanan agung yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyahut perintah Allah s.w.t untuk mengorbankan anaknya Nabi ismail a.s. 

Hukum ? Hukum korban dibahagi kepada 2 :-
Pertama : sunat mu'akkad bagi orang yang cukup syarat-syaratnya iaitu Islam , akil baligh , dan berkemampuan.

Kedua : mewajibkan dirinya sendiri sama ada untuk berkorban kerana mendekatkan diri kerana Allah dan merebut peluang mencapai ketakwaan di sisi-Nya.

( Setiap muslim sangat dituntut melakukan ibadat korban , memadai dengan menyebelih seekor kambing bagi dirinya dn keluarnya)

P/S :: Salam Aidiladha kepada semua muslimin dan muslimat ,
ucap awal-awal nda pa bha kan ^_^

Thursday 27 October 2011

Seruan AZAN mendahului seruan SYAITAN

Assalamualaikum w.b.t ... ^_^
setelah sekian lama tak update blog , akhirnya aku kembali... hihihi
Actually i'm buzy ( bz lah sangat ).. bz dgn kuliah , bz dgn assigment yg be'lambak-lambak di tambah lagi dgn praktikal ... Penat ! penat dgn kijoooooooo ! tut tut balik kolej bz dgn presentation plak ... huh ! stresssss jgak kan jdi student , tapi tak apa belajar ni ibadah .. Ibadah ni dapat pahala ... hehehe

Praktikal sem ni sangat2 best ! sbb apa ? sbb hari2 tngok baby , sambut baby dgn staff nurse , mandi baby , inject baby , ajar ibu susukan baby lagi-lagi ibu yg baru dapat anak sulung.  So , di sni aku mo crita knpa klu baby baru lahir kita kena azankan (for baby boy) iqamat (for baby girl).

Straight to the point !
kamu pernah dengar azan ? wkakakakaka (soalan bonus)
msti kamu pernah dengar kan ? siapa yg nda pernah dengar tu mgkin ada masalah pendengaran , cepat-cepatlah pi jumpa Doktor ya.
klu kamu dengar azan apa yg kmu buat ? lagi2 klu azan subuh ?
Hah ! Tidor ? Ish.. Ish.. Ish...


sebelum tu aku mo upload gambo , gambo comey ntuk menceriakan blog aku yang mmg dah comel ni... hahahaha !

TARAAAAAAAA !
comey tak.. comey tak ...
meme Lar comey !

Ok , sambung cerita balik...
cuba kamu fikir sapa yang sentiasa
dampingi kamu 24 jam ?

Hah ! Gewe ?
salah wei !
Malaikat bha...
selain malaikat siapa lagi ?

Setiap manusia mempunyai jin @ syaitan pendamping yang dikenali sebagai " QARIN " .
Dalam sebuah hadis riwayat Ahmad dan Muslim daripada Ibn Mas'ud, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
" Setiap orang daripada kamu mempunyai pendamping daripada jin dan malaikat."

Para sabahat bertanya : " Termasuk tuan sendiri , wahai rasulullah s.a.w ? "

Rasulullah s.a.w menjawab : " Termasuk aku , tetapi Allah sudah membantuku menundukkannya , kemudian dia memeluk Islam sehingga tidak menyuruh aku melainkan dengan kebaikan. "

Mungkin kita tertanya-tanya bolehkah jin pendamping (qarin) di Islamkan ?

Dalam Kitab Wiqayah al-Insan min al-Jin wa al-Shaitan , Syeikh Abd al-Salam Bali menyebut :
"Menurut Dr. al-Ashqar berdasarkan hadis (di atas) , boleh jadi seorang muslim mampu menpengaruhi jin pendampingnya , lalu dia masuk Islam. Tetapi menurut pandanganku : ''Apa yang dikatakan oleh Dr. al-Ashqar di atas perlu ditinjau semula kerana pernyataannya mengisyaratkan setiap muslim boleh mempengaruhi jin pendampingnya sehingga masuk Islam , bahkan secara tegas beliau menyatakan hal ini. "

Padahal yang hakikatnya tidaklah sedemikian , kerana perkara yang disebut baginda s.a.w dalam hadis tersebut pada makna yang zahirnya menunjukkan bahawa hal itu khusus bagi rasulullah s.a.w sahaja. Lihatlah Umar al-Khattab r.a yang terkenal kuat aqidahnya dan baik pengamalan agamanya hingga ditakuti oleh syaitan , namun dia juga tidak mampu mengislamkan syaitan pendampingnya.

Selain itu , sekiranya seorang Muslim mampu mengislamkan syaitan pendampingnya , nescaya tidak ada lagi hikmah diadakan ujian dan cubaan ke atas umat manusia. Mungkin seorang Mukmin boleh melemahkan syaitan pendampingnya dengan banyak berzikir , membaca Al-Quran dan melakukan pelbagai kebaikan. Dalam riwayat Ahmad daripada Abu Hurairah r.a " Sebenarnya orang Mukmin boleh mengendalikan syaitannya sebagaimana seseorang mengendalikan untanya ketika musafir. "


 
* Azan Menghindari Ummu al-Sibyan *

Dalam kitab Tuhfah al-Maudud bi Ahkam al-Maulud , Ibn Qayyim al-jawziyyah ada menyebut sebuah hadis riwayat al-Baihaqi , daripada al-Hassan bin Ali , daripada s.a.w yang bermaksud :
" Sesiapa  yang dianugerahkan seorang bayi , lalu dia mengumandangkan azan di telinga kanannya dan iqamat ditelinga kirinya , maka bayi itu akan dijauhkan dari Ummu al-Sibyan. "

Tahukah kamu siapa sebenarnya Ummu al-Sibyan ini ? Mungkin ada yang pernah dengar atau pun tidak sebelum ini... di sini saya ingin memperjelaskan apa kerja Ummu al-Sibyan. Ummu al-Sibyan menurut sebahagian ulama ialah Jin Perempuan. Menurut pendapat lain , bermaksud apa-apa sahaja yang menakutkan anak. Ada juga yang berpendapat ia angin yang mengenai anak-anak dan menyebabkan sakit.

 
Apa kerja si Ummu Sibyan laknatullah ni?
Kerja dia tak lain tak bukan ialah MENGGANGGU baby yang baru dilahirkan dan kanak-kanak (biasanya kurang dari 2 tahun).

Antara tanda-tanda kenal si Ummu Sibyan ni adalah:-
1.Baby menangis melalak (mata memandang ke atas / sudut tertentu)
2.Kanak-kanak berjalan yang jatuh seakan-akan ditolak
3.Mengigau sambil MENGATIP GIGI berulang kali.
4.Demam panas HANYA selepas Asar hingga sebelum Subuh

Kesan dari gangguan di atas akan mengakibatkan:-
1.Sawan Tangis
2.Autisme (Over Hiperaktif)
3.Nakal tahap Gaban
4.Terencat akal
5.Pelbagai kompilasi otak.


Kaedah rawatan
1.Masa dilahirkan, terus azankan di telinga kanan dan qamat di telinga kiri baby.
dari Husain bin Ali r.a., ia berkata bahawa Rasulullah SAW ada bersabda: “Siapa yang melahirkan anak lalu bayi yang dilahirkan itu di azankan pada telinga kanan dan diqamatkan pada telinga kirinya, nescaya ummu sibyan (jin yang menganggu kanak-kanak) tidak akan menganggunya.”

2.Jika lihat kanak-kanak jatuh bersebab, angkat dan bacakan rukyah di ubunnya tak kisah la jenis panjang atau pendek. Paling asas adalah Al-Fatihah, Ayat Qursi, 3 Qul dan selawat.

3.Kalau kesannya pada budak nakal, leh baca Ayat Sulaiman (An-Naml:30-31) pada antara 2 tulang belakangnya. Baca 9 kali.. Sekali baca, sekali tiup dan tepuk. Begitulah yang perlu dbuat setiap malam selama 9 malam masanya.


4.Jika keadaan penyakit sudah berlarutan seperti masalah otak dan sebagainya, boleh guna kaedah rawatan Islam. Bab ni perlu di ajar secara SURI (berguru). Ataupun bawa berubat pada yang ahli.

Tidak dinafikan azan akan sampai ke hati bayi , bayi akan terpengaruh dengannya meskipun ia belum tahu apa-apa. Adapun rahsia mengazakan bayi (wallahu a'lam) agar yang pertama sekali " mengetuk" mengetuk pendengaran anak itu ialah kalimah yang memuatkan keagungan dan kebesaran Ilahi , serta syahadah  yang merupakan jalan pertama yang mesti ditempuh untuk menganut agama islam. Dengan azan itu seolah-olah mengajarkan kepada bayi tentang syiar Islam ketika si bayi baru memasuki dunia , sepertimana dia akan diajar mengucapkan kalimah tauhid ketika hendak keluar daripada dunia ( meninggal).

* Azan Mendahului Seruan Syaitan *
Dengan mengazankan bayi akan menyebabkan syaitan lari kerana menghindari seruan azan. Sebenarnya sebelum itu , syaitan selalu mengintai bayi hinggalah dia lahir. Seterusnya syaitan akan terus berusaha untuk menguji dan memberinya berbagai-bagai bencana , jik mmg ditakdirkan dan dikehendaki Allah s.w.t . Oleh sebab itu , biarlah syaitan yang mendampingi bayi itu mendengar sesuatu yang membuatnya lemah dan marah ketika pertama kali hendak mendekati anak itu.


Selain itu , makna atau hikmah azan di telinga bayi adalah supaya seruan yang terkandung dalam azan , iaitu seruan kepada Allah s.w.t , kepada Agama Islam serta beribadah kepada-Nya mendahului seruan syaitan. Seterusnya , untuk melemahkan dan menghindari gangguan syaitan yang berusaha mendampingi bayi yang baru lahir adalah dengan cara memohon perlindungan daripada Allah s.w.t.

Thursday 20 October 2011

Mukadimah " Antara Cinta & Cita2 "

Dalam kehidupan kita seharian pastinya akan ada berlakunya konflik dan salah satu daripadanya adalah antara cinta dan cita-cita. Ramai dikalangan kita apabila dipersoalkan tentang cita-cita pastinya ada yang berkobar-kobar semangatnya mengatakan mereka akan cuba gapai itu semua. Namun apabila cinta datang semuanya berubah.

Pengalaman dan pemerhatian saya mendapati ramai dikalangan kita akan sanggup menggadaikan cita-cita demi cinta mereka. Mereka akan menurut sahaja kata-kata pasangan mereka walaupun mereka tahu perkara itu akan mengakibatkan hancurlah harapan mereka untuk mencapai cita-cita.

Contoh yang berlaku adalah cita-cita untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi contohnya ke peringkat master mahupun PHD. Apabila mereka bertemu cinta mereka maka setelah dipujuk,ramai yang akan meninggalkan pengajian mereka semata-mata mengikut kata-kata pasangan mereka yang sangat dicintai.

Yang menjadi persoalan adakah nilai cita-cita itu lebih tinggi atau nilai cinta itu lebih tinggi. Bagi saya kedua-duanya mempunyai nilai tersendiri dan saya amat-amat menggalakan agar kita mencari pasangan yang menyokong cita-cita. Carilah pasangan yang benar-benar mencintai kita dan menghargai segala yang kita cita-citakan.  




P/S : dah penah baca buku tu ? GEN - Q ni best , rugi sapa x penah baca and follow dia pnya kluaran , actually ni dah isu ke-2 dah... so , sapa2 yg blm penah baca GEN - Q try to find lah ... hohoho ( mo buat powerpoint for presentation dluk ) bye bye ! to be contibue...   

Monday 1 August 2011

♥• Salam Ramadhan •♥

Hari kedua melaksanakan ibadah puasa nikmatnya sudah dpt kita rasakan. Org tua, remaja, kanak2, lelaki dan wanita kelihatan memenuhi masjid, madrasah atau surau-surau utk memenuhi solat malam yg dipanggil solat tarawih. Umat islam di malaysia khasnya m'ngerjakan solat sunat tarawih 20 rakaat sejak sekian lama, ada sebahagian kecil shj yg membuat lapan rakaat.

Ketika menjelang dinihari kedengaran keluarga muslim makan sahur, Nabi Muhammad s.a.w m'galakkan makan sahur yg mendatangkan berkat. Waktu sahur yg terbaik adalah yg paling akhir malam. Ketika m'dengar azan maghrib segeralah berbuka puasa, bnyk kita dapati di masjid dan surau menyelenggarakan makan bersama. Memang waktu terbaik utk berbuka adalah yg paling awal. Ramai org berbuka puasa bersama merupakan pelaksanaan ajaran Nabi Muhammad s.a.w bahawa org yg memberi makan org yg berpuasa akan mendapat pahala seperti diperolehi oleh org yang berpuasa itu. Bulan Ramadhan mmg memberikan suasana yg syahdu dalam hati umat islam.

Inilah antara maksud sebuah hadis yg menyatakan bahawa jika bulan ramadhan tiba, pintu syurga dibuka lebar manakala pintu neraka ditutup rapat dan syaitan dibelenggu. Orang yg berpuasa terasa sangat dekat dengan Allah s.w.t. Hal ini dapat dirasakan meskipun seorang diri, tidak ada org lain yang melihat namun org yang berpuasa tidak mahu makan atau minum kerana benar-benar merasakan berada di bawah perhatian Allah s.w.t.

HIKMAT BERPUASA
Orang yg berpuasa dapat menahan nafsu amarah, nafsu yg sentiasa memujuk melakukan keburukan, baik terhadap sesama manusia mahupun Allah s.w.t. Bagaimana melakukan kejahatan terhadap Tuhan dapat terjadi jika org yang berpuasa merasa malu tidak menunaikan kewajipan-kewajipan terhadap Tuhan. Merasa malu kerana melanggar larangan-laranganNya. Apabila ingin berbohong, ingatlah bahawa Allah s.w.t akan mendengarnya, apabila memperkatakan sesuatu keburukan orang merasa malu kepada Allah sebab tuhan melarang manusia memperkatakan keburukan org lain.

Jika melihat org lain melakukan perkara yg tidak baik jgn hnya pandai melarang, tetapi m'ingatkan agar yg buruk itu ditinggalkan. Islam menggalakkan amal makruf nahi mungkar, mengajak membuat kebaikan, mencegah orang melakukan keburukan. Islam mengajarkan agar dalam pergaulan hidup bermasyarakat dapat menjalinkan rasa tanggungjawab iaitu saling berpesan utk melakukan kebenaran, saling berpesan utk melakukan kebaikan, saling berpesan utk tahan menghadapi godaan syaitan, tabah menghadapi rayuan hawa nafsu.

Dari segi fizikal, org yang selalu berpuasa sehari penuh dapat merehatkan sistem pencernaan. Alat-alat percernaan hendaklah diberikan peluang utk berehat setiap hari selama sebulan penuh yg bertujuan utk menambah tenaga. Ibarat ladang yang dibiarkan beberapa lama bercucuk tanam sampai masanya utk berehat dan menambah kesuburan. Demikian juga tubuh manusia, anggota tubuh badan perlu berehat supaya b'tambah daya kerja dan bertambah pula stamina, tidak cepat merasa letih bekerja.

Nabi s.a.w bersabda : " perut adalah rumah segala penyakit dan penjagaan makanan adalah sebagai rawatan pertama. Permulaan segala penyakit adalah mengisi perut dengan cara berlebihan ". Hadis Nabi s.a.w juga : " Perut adalah seperti kolam air dalam badan manusia, pembuluh darah turut sama diisi, jika perut itu sihat maka kesihatan juga yang dibawa kembali oleh pembuluh darah itu ".

Demikian ibadah puasa membawa kepada kesihatan rohani dan jasmani, Nabi besar Muhammad s.a.w bersabda : " Berpuasalah kamu, maka kamu akan sihat "

Thursday 23 June 2011

Gembirakan Hati Ibu & Ayah

Sesuatu perkara itu mungkin dianggap remeh. Namun jika ia menggenbirakan hati ibu bapa, apa salahnya ia dilakukan. Ketahuilah besarnya penghargaan Allah s.w.t terhadap orang yang menyenangkan hati ibu bapanya. 

Ibu Bapa sudah banyak menggembirakan hidup kita
Saat kita dilahirkan, ibu dan ayah merupakan orang pertama yang bergembira dengan kelahiran kita. Ibu tersenyum gembira walau sakit dan luka masih di-deritainya. Wajah ayah berseri-seri mengkhabarkan kepada keluarga dan sanak-saudara tentang kegembiraannya. Semua orang tumpang gembira dengan rezeki berharga yang melimpah dalam hidupnya berupa seorang anak.

Setiap hari ibu bapa mengacah kita dengan mesra dan manja, usikan dan perhatian mereka amat bermakna dan menggembirakan kita saat itu. Mereka menggembirakan lagi kita dengan mengajar, berjalan, membelikan pakaian dan permainan beru serta membeli pelbagai barang yang kita inginkan.

Mereka juga menggembirakan kita dengan mengajar mengaji al-Qur'an , menghantar ke sekolah, mengajak bersiar-siar, belik ke kampung dan sebagainya. Mereka berkorban dan bersusah payah untuk memastikan kita hidup sempurna dan cukup keperluannya. Kita gembira bermain, berlari dan berkejaran dengan kawan-kawan sehingga kita semakin membesar dan dewasa.

Apakah balasan kita terhadap insan yang terlalu banyak menggembirakan hidup kita itu?
Adakah kita turut membahagiakan hidup mereka?
Atau hanya membentengkan masalah demi masalah terhadap mereka?

Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Ankabut ayat 8 yang bermaksud :
" Dan kami wajibka manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau persekutukan Aku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka. Kepada Aku jua tempat kembali kamu semuanya. Kemuadian Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang telah kamu kerjakan ".


Menjaga Adab Dengan Ibu Bapa
Bagi anak-anak, tiada yang lebih penting bagi mereka selain daripada menghormati ibu bapanya. Ibu bapa sememangnya mahu anak-anak menunaikan tanggungjawab dengan memenuhi hak ibu bapa mereka itu. Sebagai anak, kita harus tahu adab sopan dan nilai budi pekerti yang tinggi dengan ibu bapa.

Hormat bukan sekadar tunduk ketika berjalan di hadapan ibu bapa, tetapi merangkumi segala adab dan perilaku. Antaranya seperti adab memasuki bilik ibu bapa, ini cukup penting kerana bilik merupakan tempat mereka berehat. Dalam islam telah digariskan syarat tertentu bagi anak-anak untuk masuk ke dalam bilik ibu bapa.

Minta Izin Dulu...
Tiga waktu yang diwajibkan oleh syariat seseorang anak perlu meminta izin sekiranya anak ingin masuk ke bilik ibu bapa :

1. Sebelum Subuh :
Merupakan waktu persendirian ibu bapa, inilah masa peribadi mereka berdua dan kurang bersedia untuk bersama anak-anak.

2. Sebelum Waktu Zuhur :
Disebut juga waktu " qailullah " waktu ini mungkin ibu bapa sedang berehat dan tidur sebentar atau sedang bersiap-siap untuk solat zuhur.

3. Selepas Isyak :
Biasanya waktu ini ibu bapa sedang bersiap untuk tidur atau sedang bersantai.

a) Jaga Aurat Di Rumah Sekadar keperluan Sahaja
Selain daripada itu, anak-anak juga harus menjaga aurat di rumah. Dedahkan aurat sekadar keperluan sahaja dan tidak berlebih-lebihan. Walaupun sesama keluarga, aurat tetap perlu diambil perhatian bagi mengelakkan terjadinya unsur-unsur negatif di rumah seperti sumbang mahram atau " Haruan Makan Anak" . Ibu bapa perlu menunjukkan contoh yang terbaik dari segi etika berpakaian kerana ia boleh mempengaruhi cara anak-anak berpakaian.

b) Tidur Berasingan Bagi Anak-Anak Berusi 10 Tahun Ke Atas
Selain itu, anak-anak yang telah berumur 10 tahun ke atas, adalah wajar bagi mereka untuk tidur di dalam bilik berasingan antara lelaki dan perempuan. Sebuah rumah yang baik lagi praktikal, perlu mempunyai tiga buah bilik iaitu sebuah untuk ibu bapa, dan dua buah lagi untuk anak perempuan dan anak lelaki. Pembahagian bilik tidur ini adalah satu sunnah dan etika yang digariskan oleh Rasulullah s.a.w untuk memelihara aurat dan membentuk adab mereka dengan akhlak yang sempurna.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud : " Perintahkanlah anak-anak kamu supaya menunaikan solat apabila usia mereka tujuh tahun. Apabila usia sepuluh tahun pukullah mereka seandainya mereka ingkar dan pisahkanlah tempat tidur mereka (antara lelaki dan perempuan) "
( Riwayat Abu Daud)

c) Memberi Hadiah Dan Meraikan Tarikh Penting
Cara yang boleh menggembirakan hati ibu bapa juga adalah dengan memberi hadiah, tidak kira sama ada ketika hari lahir mereka atau menjelang musim perayaan. sebenarnya tiada waktu tertentu untuk anak-anak memberi hadiah. Itu hanyalah salah satu cara untuk mengingati supaya dengan cara itu ibu bapa rasa lebih dihargai.

Bagi merapatkan lagi kemesraan antara anak-anak dan ibu bapa, tiada salahnya anak itu meraikan hari hari penting ibu bapa seperti hari lahir atau hari ulang tahun perkahwinan. Anak-anak juga boleh menganjurkan majlis bagi mengingati hari yang penting buat ibu bapa. Sambutan sebegini hanyalah kreativiti anak-anak untuk meraikan ibu bapa, ia bukanlah amalan sunnah.

Rasulullah s.a.w hanya mengingatkan kita supaya saling memberi hadiah agar kita sayang-menyanyangi tanpa meletakkan batas waktu untuk memberinya. Agar lebih kreatif membahagiakan ibu bapa, anak-anak boleh juga memberi hadiah bukan pada hari-hari penting. Jika ditanya sempena apakah hadiah itu, katakan kepada ibu bapa " Sempena saya Sayangkan Mak dan Ayah , tiada sebab lain". Tentu mereka rasa sangat gembira, berilah hadiah kepada ibu bapa mengikut kemampuan. Bukan harganya menjadi ukuran tetapi keikhlasan hati dalam mengingati dan menghargai mereka.
d) Pastikan Setiap Pemberian Daripada Sumber Yang Halal
Walaupun seorang anak sering memberi hadiah kepada ibu bapanya atau melimpahkan ibu bapanya dengan kemewahan, hati ibu bapa tidak akan gembira jika ia bukan bersumberkan daripada sumber yang halal dan baik. Anak yang memperoleh pemberian dari sumber yang syubhah apatah lagi sumber yang haram seperti hasil penipuan, rasuah, curi dan sebagainya akan menambah kesedihan dan kebimbangan ibu bapa.

Firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah ayat 168 yang bermaksud : " Wahai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik daripada apa yang terdpat di bumi, dan jangalah kamu mengikut langkah-langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata.

e) Menjadi Anak Yang Berperibadi Cemerlang
Ibu bapa mana yang tidak gembira apabila anaknya berjaya dengan cemerlang?
kecemerlangan dalam sahsiah diri lebih hebat dan kekal berbanding kecemerlangan akademik, namun alangkah bagusnya bagi seorang anak yang memiliki kedua-duanya sekali. Salah satu cara mengembirakan hati ibu bapa adalah dengan memantapkan diri untuk menjadi seorang yang berperibadi baik dan cemerlang.

Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya : " Tidak ada sesuatu yang lebih berat di atas neraca timbangan seseorang hamba pada hari kiamat selain daripada akhlak yang mulia " ( Riwayat Abu Daud)

Anak yang soleh dan solehah tidak akan mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim, dia tidak akan lupa menunaikan ibadah tidak kira di mana sahaja berada. Dia membuktikan dalam kehidupannya bahawa dia mengenal mana yang halal dan haram. Anak ini juga sentiasa beramal untuk kebaikan dirinya dan ibu bapanya. Hati ibu bapa akan gembira jika anaknya jelas tentang sifat-sifat manusia sebagai hamba di sisi Allah s.w.t.

Ini bersesuaian dengan firman Allah s.w.t dalam surah al-An'Am ayat 162 yang bermaksud :
" Sesungguhnya solatku dan ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah s.w.t, Tuhan yang memelihara sekalian alam " . 

Wednesday 22 June 2011

Petua mencuci Hati

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati.
Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati.
Di olah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah (^,~)

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’aIni adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan
“ Ya, Allah jadikan hatiku bersih ”

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur
Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah.
Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat
Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran
Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi.
Sekurang- kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.
5. Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari.
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif
Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.
Katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka) "
7. Program minda/cuci minda
Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati :
 “Ya Allah ! cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif "
Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – cubalah!!

8. Berpuasa
Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9. Mengingati mati
Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa.
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan
Jangan makan makanan yang shubhah (diragui halal dan haramnya.)
14. Berkawan dengan ulama.
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi.)
16. Pesan pada orang -> jadi baik.
17. Menjaga pacaindera -
Mata, telinga, mulut dan lain-lain.

Untukmu ♥ Adam & Hawa ♥

Adam…
Kau bilang dirimu hebat dan kuat ibarat pahlawan,
Gagah perkasa seperti Badang,
Kau gunakan Hawa sebagai umpan,
Untuk membuktikan kelelakianmu yang hanya temberang.
Hawa…
Kau bangga dengan kecantikan lahiriah yang ada padamu,
Kau sanjung tinggi Adam yang terpikat dengan keindahan rupamu,
Kau tersenyum manis saat Adam melihat lenggok tubuhmu,
Tapi kau marah dan benci bila ada segelintir Adam yang menegurmu.
Adam…
Kadangkala kekacakan yang ada padamu,
Bisa membuat Hawa lemah dan cair ibarat ais terkena api,
Hati yang rapuh mudah luluh dan tunduk pada nafsu,
Jiwa yang halus mudah pula jatuh hati.
Hawa…
Iblis menggunakanmu sebagai umpan untuk memerangkap Adam,
Kau harus ambil kesempatan ini untuk memperdayakan Iblis,
Selamatkanlah Adam dari cengkaman api yang tidak akan terpadam,
Jatuhkanlah musuh Islam dengan akal satumu yang genius.
Adam…
Kata-kata manis nistamu bisa menggoda hati Hawa,
Senyum nakalmu membuatkan Hawa semakin suka,
Lembutmu dalam berkata membuatkan Hawa senang mendekatimu,
Sikap prihatinmu membuat Hawa tergilakan perhatianmu.
Hawa…
Sikapmu yang tidak endah menjadikan Adam berani terhadapmu,
Berani mengambil kesempatan untuk menyentuh maruahmu,
Ketidaktegasanmu membuatkan Adam semakin suka akan dirimu,
Hingga kau pun hanyut dalam dunia cinta palsu.
Adam…
Kau bilang akalmu sembilan mengalahkan nafsumu yang satu,
Gunakanlah akalmu itu untuk mendidik nafsumu yang boleh membinasakan Hawa,
Cerdikkanlah akalmu itu dengan berjihad menentang nafsumu,
Agar Hawa terpelihara sentiasa dalam jagaan taqwa.
Hawa…
Lenggok tubuhmu bisa membuat Adam terpaku dan mata menjadi sepi,
Lembut suaramu bisa mencairkan hati lelaki Adam,
Longgarkanlah pakaianmu agar tubuhmu tertutup rapi,
Tegaskanlah suaramu supaya syaitan tidak berpeluang merasuk Adam.
Oleh itu Adam…
Bersikap tegaslah dengan Hawa dalam setiap urusanmu,
Kau harus kuat dan sabar dalam membimbing Hawa yang semakin liar,
Kau harus teruskan perjuanganmu menentang hawa nafsumu,
Agar nafsu Hawa tidak terus-terusan menular.
Adam…
Hawa meminta agar kau bersikap tegas dan berani,
Supaya Hawa takut untuk menggoda dan mendekati,
Supaya syaitan tidak membisikkan godaan nafsu durjana,
Agar kau bisa menjadi pemimpin dan ketua yang diidami Hawa.

Begitu juga Hawa…
Mahalkanlah senyummu yang bisa menawan hati lelaki,
Jagalah dan peliharalah aurat dan maruah dirimu,
Untuk membentengi nafsu yang sangat dibenci,
Agar kau suci terpelihara saat Adam menyuntingmu.
Hawa…
Adam mudah cair dengan keanggunan wajahmu,
Namun…itu bukanlah yang Adam harapkan,
Adam mengharapkan Hawa yang berpegang teguh pada agama sebagai penyuci kalbu,
Adam juga menginginkan Hawa yang sopan dan memelihara aurat dalam berpakaian.
Untukmu Adam : (^^,)
Jadilah Adam yang berpendidikan tinggi dalam agama yang bisa membimbing Hawa dari menjadi mangsa godaan syaitan dan nafsu yang boleh membinasakan.
Jadilah Adam yang murah dengan kata-kata nasihat dan teguran yang boleh memperbaiki Hawa.
Jadilah Adam yang sentiasa berjuang menentang nafsu dan memelihara maruah diri untuk orang tercinta yang sah bergelar isteri.
Jadilah juga Adam yang boleh menjadi ketua keluarga, imam dalam solat berjemaah dan pemimpin agama seperti yang diingini oleh Hawa.
Untukmu Hawa : (^,*)
Jadilah Hawa yang tinggi dengan didikan agama, merendah diri dengan akhlak terpuji dan baik hati. Jadilah Hawa yang menjaga aurat dan maruah diri dari sewenang-wenangnya dilihat ajnabi.
Jadilah Hawa yang sentiasa haus akan ilmu nasihat dan teguran sebagai persiapan menjadi Hawa yang solehah untuk seorang yang sah bergelar suami.
Jadilah juga seorang Hawa yang bisa menjadi anak, ibu dan isteri yang solehah serta hamba Allah yang beriman dan bertaqwa seperti yang diidamkan oleh Adam.

Lain Di Mulut , Lain Di Hati

Kita sering menilai seseorang berdasarkan percakapan dan penampilan mereka. Apakah persepsi kita apabila mendengar ungkapan berikut :
" Pintu bilik saya sentiasa terbuka, jika ada masalah jemputlah jangan malu, jangan segan " ?

Biasanya ungkapan sebegini benar-benar membuatkan kita rasa selesa dan amat senang sekali. Malangnya kadang-kala, ia sekadar kata-kata untuk menunjukkan sifat luaran yang ada pada seseorang itu. Dia mengharapkan supaya orang yang mendengarnya memberi penilaian dan persepsi yang positif terhadapnya.

Hakikat sebenarnya, apabila kita berjumpa dengannya untuk memberikan pendapat, pandangan dan mengutarakan masalah, berhujah dan sebagainya, kita akan dipandang serong, dicurigai, dikatakan bersikap negatif, pembangkang dan seumpamanya.

Kata-kata lain yang kta dengar ialah seperti " saya sebenarnya ikhlas, saya terima dengan hati terbuka " , " kritikan awak itu memang membina " , " buat apa saya tipu awak " , " kejayaan saya ini adalah kerana sokongan semua "  dan ungkapan lain yang sewaktu dengannya. Adakah kata-kata ini datang dari lubuk hati yang ikhlas? Amat menyedihkan jika kata-kata ini hanya dijadikan sebagai pemikat untuk menyedapkan telinga orang yang mendengarnya. Sebaliknya Lain Di Mulut, Lain Di Hati .

Kata-kata manis ini bertujuan untuk menunjukkan bahawa dia memiliki hati budi yang sangat baik sedangkan hakikatnya tidak seperti yang diungkapkan. Manusia bersikap begini kerana hatinya tidak ikhlas berpunca daripada rasa sombong, ego, bangga diri, hipokrit, dan banyak lagi penyakit hati. Kedudukan , kuasa dan pangkat juga banyak mempengaruhi manusia untuk bersikap " Cakap tak Serupa Bikin " . Mereka berpura-pura jujur di hadapan kita tetapi bersifat telunjuk lurus kelengkeng berkait.
SIKAP BERDEPAN DENGAN GOLONGAN MUNAFIK
Orang yang ebrsifat begini jelas menunjukkan dia memiliki salah satu daripada sifat orang yang munafik iaitu berkata-kata tetapi dusta, seperti hadis Nabi s.a.w yang bermaksud :

" Tanda orang munafik itu ada tiga ; apabila berkata-kata ia berdusta, apabila berjanji ia mengingkari dan apabila diberikan amanah dia mengkhianatinya " (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kehidupan harian kita ini memang di-kelilingi oleh mereka yang bersifat begini. Dalam al-Qur'an ada diterangkan bagaimana untuk menghadapi manusia munafik ini.

1. Bergantung Kepada Allah
Kita seharusnya jangan menghiraukan dan menuruti kehendak orang yang hipokrit ini kerana kebergantungan kita semestinya hanya kepada Allah sahaja. Kita tidak perlu bimbang dengan ancaman mereka dan bertawakal kepada Allah secara mutlak. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud :

" Dan janganlah kamu menuruti kehendak orang kafir dan munafik itu. Janganlah kamu hiraukan celaan mereka dan bertawakallah kepada Allah. Dan cukuplah Allah sebagai pelindung (yang menyelamatkan kamu ) " ( Surah al-Ahzab 33: 48)

2. Elak Daripada Bersekongkol
Kita dengan mudah akan menuruti segala kehendak mereka dengan alasan mereka berkuasa. Kita ini mentimun mereka durian. " Digelek kita kena, mengelek pun kita kena "  Kadangkala kita lebih takut berbanding Allah, kita lebih tunduk atas perintah mereka berbanding perintah Allah. Ruang yang kita berika meningkatkan lagi sifat hipokrit dan keegoan mereka sehinggakan mereka terlupa kepada kekuasaan Allah.

Ingatlah bahawa kita semestinya takut kepada Allah berbanding takut kepada manusia. Allah menegaskan dalam Al-Qur'an yang bermaksud :
" Wahai Nabi, bertaqwalah kepada Allah dan janganlah kamu menuruti (keinginan) orang kafir dan munafik. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana " .
                                                                                                            ( Surah al-Ahzab 33 : 1 )
3. Bersikap Keras
Berkeras untuk tidak menuruti kehendak mereka. Kita membantah mereka bagi menunjukkan bahawa kita memiliki prinsip hidup yang berlandaskan syariat. Kita tidak boleh akur membabi buta, penilaian perlu kita lakukan untuk memastikan bahawa kita boleh akur jika ia tidak melanggar hukum.
Lebih keras lagi, kita patut melawan mereka jika sampai ke tahap kritikal seperti melakukan maksiat dan melanggar perintah Allah sebagaimana firman Allah yang bermaksud :

" Wahai Nabi s.a.w berjihadlah (melawan) orang yang kafir dan munafik itu, dan bersikap keraslah terhadap mereka. tempat mereka ialah neraka jahanam dan itulah tempat kembali yang seburuk-buruknya " ( Surah al-Tawbah 9 : 73 )

Ingatlah bahawa Allah amat membenci orang yang memiliki sifat seperti mana golongan munafik, pandai memainkan kata-kata manis di hadapan tetapi penuh dengan kebencian di belakang. Bagi mereka yang terpaksa bergaul dengan golongan ini, janganlah rasa takut dan bimbang kerana kebergantungan kita hanya kepada Allah. Kita harus berjuang mengutamakan perintah Allah daripada menuruti kehendak mereka. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama dengan mereka yang bertaqwa. (^,*)

Kerosakan yang ditimbulkan oleh Penyakit Rohani ( Hati )

Setiap orang dapat merasakan dan mengetahui betapa buruknya akibat-akibat dari penyakit jasmani yang menimpa diri seseorang. Bagaimanapun penyakit rohani sebenarnya mempunyai akibat-akibat yang buruk yang jauh lebih serius daripada penyakit jasmani.

 Antaranya ialah :

1. Menggangu Ketenangan Jiwa
Orang yang mempunyai penyakit rohani tidak akan dapat menikmati ketenangan hidup. Keadaan ini juga bererti meruntuhkan kebahagiaan. Hanya orang yang sihat sahaja daoat menikmati ketenangan dan kebahagiaan hidup.

2. Menjauhkan Diri Dari Allah
Penyakit rohani dalam istilah lain disebut ghibah , Sifat buruk muhlikat, sifat buruk yang merosakkan atau akhlaqul mazmunah yakni akhlak yang tercela. Sifat dan mental yang demikian amat tidak diredhai oleh Allah s.w.t dan diperhitungkan sebagai dosa. Misalnya, sifat munafik, iri hati, sombong dan lain-lain. Manusia yang memiliki sifat-sifat tersebut bererti membuat dirinya dimurkai Allah dan hidupnya kian jauh dari Rahmat Allah s.w.t.

3. Melumpuhkan Daya Kerja
Orang yang sihat rohaninya akan dapat bekerja dengan tekun dan beramal kepada Allah s.w.t dengan sebanyak-banyaknya. Ini adalah sebagai bakti kepada Allah dan ehsan kepada sesama manusia.

Sebaliknya orang yang mempunyai penyakit rohani, daya kerjanya lumpuh dan tidak sanggup melakukan sesuatu yang penting dan bernilai dalam pembangunan. Jika seseorang itu hanya pandai merosak tetapi tidak pandai membangun, maka orang itu dianggap sebagai sampah masyarakat bahkan lebih buruk daripada sampah.


4. Merosakkan Jasmani
Ahli-ahli di bidang kesihatan pada umumnya sependapat bahawa penyakit-penyakit rohani mengakibatkan berlakunya kerosakan pada jantung, tekanan darah, saraf, paru-paru dan sebagainya. Gangguan mental pula akan menyebabkan orang merasa tidak enak makan dan tidak dapat tidur.

Apabila penyakit rohani itu berlarutan tanpa ada usaha pengubatan dan pencegahan, maka sudah entu akan membahayakan dirinya sendiri mahupun bagi orang lain.

Begitu juga, jika dibiarkan penyakit itu menjadi bertambah berat sehingga sampai ke tahap membahayakan orang lain serta tidak dapat lagi memahami kenyataan-kenyataan hidup, maka orang itu pasti terkena tekanan penyakit gila .
hehehe, ni sambungan pada PENYAKIT ROHANI (^,^)  selamat membaca...