Pages

✿ Sabar ✿

Sunday 19 June 2011

✿ Dimensi Sabar ✿

Menurut Imam al-Ghazali, sabar dalam mentaati Allah itu terbahagi kepada tiga... Yakni sabar ketika hendak memulakannya, semasa mengerjakannya, dan selepas mengerjakannya.

1. Sabar SEBELUM memulakan ketaatan ialah kita mampu menahan daripada godaan niat-niat yang lain kecuali demi mendapatkan keredhaan Allah s.w.t. Jangan sekali-kali mengharap pujian, pengiktirafan, dan pernghargaan dari manusia. Dengan kesabaran kita mampu menangkis sifat riyak atau syirik kecil sebelum melakukan sesuatu ibadah.

2. Sabar SEMASA melakukan ketaatan adalah dengan menahan diri daripada segala kesusahan yang terjadi semasa semasa kita melakukannya. Umpamanya apabila kita menutup aurat, tentulah ada sedikit rasa panas, tidak selesa (buat pertama kalinya), disindir orang dan sebagainya. Namun kita terus istiqamah untuk melakukannya walau betapa sukar sekalipun fizikal, emosi dan hati kita menanggungnya.

3. Manakala Sabar SELEPAS melakukan ibadah pula adalah dengan menahan diri daripada bersifat riyak (menunjuk-nunjuk), Sum'ah (suka mendengar pujian), dan ujub (berasa hairan dengan kemampuan diri). Menurut Imam al-Ghazali, sabar di peringkat inilah yang paling sukar. Ini adalah godaan yang menimpa hati, jika Tauhid tidak dihayati maka dengan mudah sahaja syaitan menipu lalu terhapuslah segala kebaikan yang dibina.

Dalam sebuah hadis yang panjang, Rasulullah s.a.w telah menjelaskan bagaimana orang kaya yang dermawan, orang yang telah membaca al-Qur'an dan orang yang mati syahid telah ditolak amalannya kerana tidak ikhlas.
 :: MUSUH SABAR ::
Sabar itu kala seseorang itu beah menahan kesusahan yang menimpanya. JIka tidak lagi betah, maka pasti ada musuh yang ingin melesapkan sifat sabar dalam diri seseorang itu. Apakah musuh-musuh sabar itu?

1. TERGESA-GESA
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud : " Manusia telah dijadikan (bertabiat) tergesa-gesa "
(Surah al-Anbiya' 21:37) Sekiranya apa yang dihajati lambat ditunaikan maka lesaplah kesabarannya. Itulah tabiat semula jadi manusia, selalu ingin memetik buah sebelum buah itu masak dan tanpa bersungguh-sungguh menanam pohon buah tersebut.

2. PUTUS ASA
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud : " Dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, Sesungguhnya tidak berputus asa daripada rahmat Allah melainkan golongan yang kafir "
(Surah yusuf 12: 87)
3. MARAH
Islam tidak pernah menyuruh umatnya membasmi sifat marah secara tuntas. Marah masih diperlukan di saat-saat tertentu seperti ketika islam dihina dan diinjak-injak. Hakikatnya kini, manusia sebaliknya marah tidak bertempat. Mereka hanya marah apabila kepentingan diri tergugat.
Jika ketiga-tiga " MUSUH " sabar di atas masih ada dalam diri kita maka amat susahlah untuk memupuk sabar. Halaulah musuh tersebut jauh-jauh, nanti sabar akan mendekat.
(Isu 31 - Solusi) ^,^

3 comments:

Sang Pencinta said...

perghh teruskan.. kalau ada kelapangan saya akan buka2 sini.. Tq follow..

Unknown said...

adeyh, tukar layout ka.. hehehe! sabar3! kita harus bersabar.. :'P

Andi Masliana said...

Makaseh, Makaseh Sharing is Caring (^^,)selalu2 lah jenguk blog ni... hehehe

P/S :: Sabar ko joe, layout ni plak yg melekat di hati :P