Pages

✿ Sabar ✿

Saturday 18 June 2011

♥ Perkara2 Yang Patut Dilakukan Oleh Orang Sakit ♥

 
Penyakit tidak dapat dielakkan, ianya pasti akan mengunjungi setiap insan sama ada tua, muda atau kanak-kanak. Penyakit juga tidak mengenal jantina dan umur, semua manusia diserangnya pada bila bila masa yang dikehendakinya.

Sakit sebenarnya adalah guru yang tidak boleh berkata-kata, tetapi ia mengajar dan mendidik setiap insan melalui penyakit yang diberi. Penyakit terkecil apa lagi terbesar adalah takdir Allah yang mempunyai maksud tertentu.
Sesungguhnya Allah s.w.t Maha Pengasih, Allah takdirkan datangnya penyakit bukanlah untuk menyusahkan hamba-Nya tetapi melatih kita untuk mendapatkan sifat-sifat yang terpuji.
Islam memberi panduan asas yg berguna dalam menghadapi dan mengubati berbagai jenis penyakit. Islam juga lebih mementingkan  pencegahan datangnya penyakit berbanding dengan cara merawat @ menyembuhkan penyakit.

 :: PERKARA-PERKARA YANG PATUT DILAKUKAN OLEH ORANG SAKIT ::

1. SABAR
Sabar merupakan salah satu unsur keimanan dalam menerima qadha dan qadar Allah  serta redha terhadapnya. dalam b'depan dgn masalah, setiap org b'beza dgn satu sama lain iaitu b'gantung pada kekuatan iman masing-masing. Yakni mengetahui bahawa semua yg terjadi di alam ini tidak akan terjadi kecuali dgn qadar Allah ilmu dan hikmah-Nya. Juga mengetahui bahawa Allah telah menciptakan hamba-Nya dan m'bahagikan rezekinya, m'nentukan ajalnya. Juga mengetahui bahawa mereka akan merasakan antara manis dan getirnya kehidupan, antara rahmat dan kesihatan, antara kecukupan dan kekurangan.

Hakikat ini disebutkan oleh Rasululah s.a.w di dlm hadis berikut :

  " Aku kagum terhadap perkara org mukmin. Sungguh, seluruh perkaranya baik baginya dan tidak bakal didapati, kecuali untuk orang yg beriman. Jika dia mendapat kelapangan, dia bersyukur dan itu merupakan kebaikan baginya. Jika dia mendapat kesusahan, dia bersabar dan itu merupakan kebaikan baginya. "                                                                                               (HR : Muslim)

Maha Suci Allah Yang Maha Agung. Benar, perkara orang mukmin mengundang kehairanan. Di dalam menghadapi 2 perkara ini dia memperolehi keuntungan. Jika dia m'dapat ujian dan musibah atau kenikmatan dan keutamaan dari Allah tetapi dia menghadapi dgn penuh keredhaan dan ketenangan. Tetap dalam kepasrahan terhadap ketentuan-ketentuan Allah. Tetap bertawakal dalam menghadapi 2 perkara ini.  Maka tiada musibah yg membuatnya mengeluh, membenci, dan mengingkari. Juga tiada kenikmatan yg membuatnya lupa segalanya. Dalam menghadapi musibah dia bersabar dan megharapkan pahala dari Allah sedangkan dalam kenikmatan dia memanjatkan kesyukuran pada Allah.

Menurut Atha Bin Abi Rabbah , Ibnu Abbas berkata kepadaku : " Mahukah kamu ditunjukkan perempuan ahli syurga? " Aku menjawab : " Tentu! " Dia berkata : " seorang perempuan yang hitam mendatangi Rasulullah s.a.w dan berkata : " Sungguh aku ini kerasukan syaitan dan tersingkap auratku ketika datang saatnya. Maka doakan aku wahai Rasulullah " Lalu Rasulullah s.a.w bersabda :

" Jika kamu bersabar, maka kamu akan dapatkan syurga dan jika kamu inginkan aku mendoakanmu, kamu akan sembuh. " Maka perempuan itu berkata : " Aku pilih untuk bersabar " kemudian melanjutkan perkataannya : " Sungguh tersingkap auratku " Maka Rasulullah s.a.w mendoakannya (supaya auratnya tidak tersingkap) "                                                                  (HR: Bukhari)

Sabar terhadap dugaan dunia akan mewariskan syurga. Menghadapi masalah dgn berani adalah lebih baik daripada menghadapinya secara pasrah sebelum berjuang.
2. TAKUT KEPADA ALLAH SERTA MENGHARAPKAN KEBAIKAN-NYA
Orang yg sakit dinasihatkan agar selalu dlm keadaan takut, berharap dan bersangka baik kpd Allah S.W.T. Takut akan balasan Allah terhadap dosa-dosa yg telah dilakukan serta mengharapkan rahmat-Nya, sebagaimana yang dikemukan oleh hadis hadis berikut ini.

Dari Anas r.a bahawa Rasulullah s.a.w mendatangi seorang pemuda yg sedang hampir menemui ajalnya. Rasulullah s.a.w bertanya : " Bagaimana keadaanmu sekarang? " Dia menjawab : " Wahai Rasulullah sungguh aku berharap kpd Allah dan sungguh aku takut terhadap dosa-dosaku " Maka Rasulullah s.a.w bersabda :

" Dua hal yg tidak dapat berkumpul di hati seorang hamba dalam keadaan seperti ini , kecuali Allah memberinya apa yg dia harapkan dan mengamankannya dari apa yg dia takuti "
                                                                                                                        (HR: At-Tirmizi)
Rasulullah s.a.w bersabda :
" Janganlah sesekali seorang dari kalian mati kecuali dia berbaik sangka baik terhadap Allah s.w.t "
                                                                                                                        (HR : Muslim)
Maksud berbaik sangka ialah menganggap bahawa Allah s.w.t merahmatinya dan mengharapkan rahmat Allah itu. Juga menghayati ayat-ayat Al-Qur'an dan hadis hadis Rasulullah s.a.w mengenai kemuliaan Allah s.w.t , keampunan-Nya, rahmat-Nya, janji-Nya, untuk orang yg bertauhid (yang mengesakan-Nya) serta apa yg Allah sebarkan dari rahmat-Nya di hari kiamat.
3. LARANGAN MENGHARAPKAN KEMATIAN
Seteruk mana pun sakit atau derita seseorang, maka tidak diperkenankan baginya mengharapkan kematian. (tetapi inilah yg slalu dilakukan oleh org sakit, berkata-kata agar dimatikan dgn segera kerana tidak sanggup menanggung derita yg dialami).

Dari Anas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
" janganlah ada di antara kalian yg mengharapkan kematian kerana malapetaka menimpanya. Jika harus untuk berharap, maka hendaklah mengatakan : " Ya Allah, hidupkanlah aku selama hidup itu membawa kebaikan pada diriku dan matikanlah aku jika memang kematian itu membawa kebaikan pada diriku ".                                                                                                        (HR : Bukhari)

Janganlah sekali-kali berdoa meminta kematian kerana sesuatu penyakit, kemiskinan, atau kesulitan-kesulitan dunia. Adapun jika takut suatu bahaya atau agamanya, maka tiada cela baginya. Hal ini telah banyak dilakukan oleh org-org terdahulu ketika takut fitnah dlm agama. Namun amat dilarang doa yg mengharap kematian sebab ianya menunjukkan sikap keluh kesah dalam menghadapi sesuatu cubaan atau tidak redha dgn ketentuan Allah s.w.t.
4. MEMPERBANYAKKAN WIRID DAN DOA
Allah S.W.T berfirman, bermaksud :

" Dan Tuhan kamu berfirman : " Berdoalah kamu kepada-Ku, Nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu... "

Demikian juga firman Allah S.W.T yg bermaksud :

" Dan, apabila hamba-hamba-Ku bertanyakan kepadamu mengenai Aku, maka (beritahu kpd mereka mereka sesungguhnya Aku (ALLAH) sentiasa hampir (kepada mereka). Aku perkenankan permohonan org yg berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku... "                                  ( Al-Baqarah : 186)

Bagaimanapun, ada dua perkara yg dapat menyelesaikan  : Pertama, dari org sakit itu sndiri iaitu dia mempunyai i'tikad atau niat yg benar untuk menyembuhkan penyakitnya. Kedua, dari pihak org yg mengubatinya. Dia harus ikhlas ingin menyembuhkan bukan kerana org lain. Yakni dgn ketaqwaan yg kuat dihatinya, bertawakkal kpd Allah s.w.t kerana Dia lebih mengetahui tentang urusan semua itu.
 5. PANTANG LARANG BAGI ORANG SAKIT
Di antara beberapa perkara yg harus dijaga bagi org yg sedang sakit adalah memperbaiki akhlaknya, menjauhi pertikaian dalam urusan-urusan dunia, membiasakan dirinya dgn membaca Al-Qur'an, zikir, membaca sirah (sejarah) Rasulullah s.a.w serta perjalanan org-org terdahulu  yg soleh dan perkataan mereka. Juga menjaga solat-solatnya, serta bertaubat kpa Allah s.w.t dgn taubat nasuha terhadap kesalahan-kesalahan dan dosa-dosa yg telah dilakukan.

Selain itu, hendaklah selalu mengingati kematian. Ini adalah kerana dgn selalu mengingati kematian akan dapat melembutkan hatinya dan merasa takut terhadap Allah s.w.t. Maka dgn ketakutan itu dia selalu berusaha meninggalkan kezaliman dan kemaksiatan serta memperbanyakkan melakukan ketaatan.

* Sekadar perkongsian, harap bermanfaat untuk kita semua * ^,^

2 comments:

mazeermohamad said...

sakit juga boleh buat kita dekat dengan Allah.. hehe! proses nak dapat hidayah la tuh.. dah jadi lumrah dunia.. sakit2 ja, baru inggat sama tuhan.. nice post!

Selamat Hari Bapa!!

Mak Bapak Aku Bodoh!!

Andi Masliana said...

Makaseh, makaseh (^,^) tapi yg herannya skrg ada sesetengah org tue bila dapat sakit jak mesti mengeluh, sdangkan daripada sakit ni lah dosa-dosa kecil kita gugur... SubhanaALLAH :)