Sesuatu perkara itu mungkin dianggap remeh. Namun jika ia menggenbirakan hati ibu bapa, apa salahnya ia dilakukan. Ketahuilah besarnya penghargaan Allah s.w.t terhadap orang yang menyenangkan hati ibu bapanya.
Ibu Bapa sudah banyak menggembirakan hidup kita
Saat kita dilahirkan, ibu dan ayah merupakan orang pertama yang bergembira dengan kelahiran kita. Ibu tersenyum gembira walau sakit dan luka masih di-deritainya. Wajah ayah berseri-seri mengkhabarkan kepada keluarga dan sanak-saudara tentang kegembiraannya. Semua orang tumpang gembira dengan rezeki berharga yang melimpah dalam hidupnya berupa seorang anak.
Setiap hari ibu bapa mengacah kita dengan mesra dan manja, usikan dan perhatian mereka amat bermakna dan menggembirakan kita saat itu. Mereka menggembirakan lagi kita dengan mengajar, berjalan, membelikan pakaian dan permainan beru serta membeli pelbagai barang yang kita inginkan.
Mereka juga menggembirakan kita dengan mengajar mengaji al-Qur'an , menghantar ke sekolah, mengajak bersiar-siar, belik ke kampung dan sebagainya. Mereka berkorban dan bersusah payah untuk memastikan kita hidup sempurna dan cukup keperluannya. Kita gembira bermain, berlari dan berkejaran dengan kawan-kawan sehingga kita semakin membesar dan dewasa.
Apakah balasan kita terhadap insan yang terlalu banyak menggembirakan hidup kita itu?
Adakah kita turut membahagiakan hidup mereka?
Atau hanya membentengkan masalah demi masalah terhadap mereka?
Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Ankabut ayat 8 yang bermaksud :
" Dan kami wajibka manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau persekutukan Aku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka. Kepada Aku jua tempat kembali kamu semuanya. Kemuadian Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang telah kamu kerjakan ".
Menjaga Adab Dengan Ibu Bapa
Bagi anak-anak, tiada yang lebih penting bagi mereka selain daripada menghormati ibu bapanya. Ibu bapa sememangnya mahu anak-anak menunaikan tanggungjawab dengan memenuhi hak ibu bapa mereka itu. Sebagai anak, kita harus tahu adab sopan dan nilai budi pekerti yang tinggi dengan ibu bapa.
Hormat bukan sekadar tunduk ketika berjalan di hadapan ibu bapa, tetapi merangkumi segala adab dan perilaku. Antaranya seperti adab memasuki bilik ibu bapa, ini cukup penting kerana bilik merupakan tempat mereka berehat. Dalam islam telah digariskan syarat tertentu bagi anak-anak untuk masuk ke dalam bilik ibu bapa.
Minta Izin Dulu...
Tiga waktu yang diwajibkan oleh syariat seseorang anak perlu meminta izin sekiranya anak ingin masuk ke bilik ibu bapa :
Merupakan waktu persendirian ibu bapa, inilah masa peribadi mereka berdua dan kurang bersedia untuk bersama anak-anak.
2. Sebelum Waktu Zuhur :
Disebut juga waktu " qailullah " waktu ini mungkin ibu bapa sedang berehat dan tidur sebentar atau sedang bersiap-siap untuk solat zuhur.
3. Selepas Isyak :
Biasanya waktu ini ibu bapa sedang bersiap untuk tidur atau sedang bersantai.
a) Jaga Aurat Di Rumah Sekadar keperluan Sahaja
Selain daripada itu, anak-anak juga harus menjaga aurat di rumah. Dedahkan aurat sekadar keperluan sahaja dan tidak berlebih-lebihan. Walaupun sesama keluarga, aurat tetap perlu diambil perhatian bagi mengelakkan terjadinya unsur-unsur negatif di rumah seperti sumbang mahram atau " Haruan Makan Anak" . Ibu bapa perlu menunjukkan contoh yang terbaik dari segi etika berpakaian kerana ia boleh mempengaruhi cara anak-anak berpakaian.
b) Tidur Berasingan Bagi Anak-Anak Berusi 10 Tahun Ke Atas
Selain itu, anak-anak yang telah berumur 10 tahun ke atas, adalah wajar bagi mereka untuk tidur di dalam bilik berasingan antara lelaki dan perempuan. Sebuah rumah yang baik lagi praktikal, perlu mempunyai tiga buah bilik iaitu sebuah untuk ibu bapa, dan dua buah lagi untuk anak perempuan dan anak lelaki. Pembahagian bilik tidur ini adalah satu sunnah dan etika yang digariskan oleh Rasulullah s.a.w untuk memelihara aurat dan membentuk adab mereka dengan akhlak yang sempurna.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud : " Perintahkanlah anak-anak kamu supaya menunaikan solat apabila usia mereka tujuh tahun. Apabila usia sepuluh tahun pukullah mereka seandainya mereka ingkar dan pisahkanlah tempat tidur mereka (antara lelaki dan perempuan) "
( Riwayat Abu Daud)
c) Memberi Hadiah Dan Meraikan Tarikh Penting
Cara yang boleh menggembirakan hati ibu bapa juga adalah dengan memberi hadiah, tidak kira sama ada ketika hari lahir mereka atau menjelang musim perayaan. sebenarnya tiada waktu tertentu untuk anak-anak memberi hadiah. Itu hanyalah salah satu cara untuk mengingati supaya dengan cara itu ibu bapa rasa lebih dihargai.
Bagi merapatkan lagi kemesraan antara anak-anak dan ibu bapa, tiada salahnya anak itu meraikan hari hari penting ibu bapa seperti hari lahir atau hari ulang tahun perkahwinan. Anak-anak juga boleh menganjurkan majlis bagi mengingati hari yang penting buat ibu bapa. Sambutan sebegini hanyalah kreativiti anak-anak untuk meraikan ibu bapa, ia bukanlah amalan sunnah.
Rasulullah s.a.w hanya mengingatkan kita supaya saling memberi hadiah agar kita sayang-menyanyangi tanpa meletakkan batas waktu untuk memberinya. Agar lebih kreatif membahagiakan ibu bapa, anak-anak boleh juga memberi hadiah bukan pada hari-hari penting. Jika ditanya sempena apakah hadiah itu, katakan kepada ibu bapa " Sempena saya Sayangkan Mak dan Ayah , tiada sebab lain". Tentu mereka rasa sangat gembira, berilah hadiah kepada ibu bapa mengikut kemampuan. Bukan harganya menjadi ukuran tetapi keikhlasan hati dalam mengingati dan menghargai mereka.
d) Pastikan Setiap Pemberian Daripada Sumber Yang Halal
Walaupun seorang anak sering memberi hadiah kepada ibu bapanya atau melimpahkan ibu bapanya dengan kemewahan, hati ibu bapa tidak akan gembira jika ia bukan bersumberkan daripada sumber yang halal dan baik. Anak yang memperoleh pemberian dari sumber yang syubhah apatah lagi sumber yang haram seperti hasil penipuan, rasuah, curi dan sebagainya akan menambah kesedihan dan kebimbangan ibu bapa.
Firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah ayat 168 yang bermaksud : " Wahai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik daripada apa yang terdpat di bumi, dan jangalah kamu mengikut langkah-langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata.
e) Menjadi Anak Yang Berperibadi Cemerlang
Ibu bapa mana yang tidak gembira apabila anaknya berjaya dengan cemerlang?
kecemerlangan dalam sahsiah diri lebih hebat dan kekal berbanding kecemerlangan akademik, namun alangkah bagusnya bagi seorang anak yang memiliki kedua-duanya sekali. Salah satu cara mengembirakan hati ibu bapa adalah dengan memantapkan diri untuk menjadi seorang yang berperibadi baik dan cemerlang.
Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya : " Tidak ada sesuatu yang lebih berat di atas neraca timbangan seseorang hamba pada hari kiamat selain daripada akhlak yang mulia " ( Riwayat Abu Daud)
Anak yang soleh dan solehah tidak akan mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim, dia tidak akan lupa menunaikan ibadah tidak kira di mana sahaja berada. Dia membuktikan dalam kehidupannya bahawa dia mengenal mana yang halal dan haram. Anak ini juga sentiasa beramal untuk kebaikan dirinya dan ibu bapanya. Hati ibu bapa akan gembira jika anaknya jelas tentang sifat-sifat manusia sebagai hamba di sisi Allah s.w.t.
Ini bersesuaian dengan firman Allah s.w.t dalam surah al-An'Am ayat 162 yang bermaksud :
4 comments:
Mom tak tinggal ngan kami lagi. Sedih nya. Hurm, Parents divorced. How I miss going out 1 family complete dlu every saturday night . huhuhu :(
Sabar yah (^,*) segala apa yang terjadi pasti ada hikmahnya...
gary ada 3 orang mak... huhuhu... gary sayang mak betul je la... tanggungjawab ngan mak tiri sama ke ngan tanggungjawab kat mak kandung?..
be strong :)
http://iamsaya.blogspot.com/
Post a Comment